Categories: Uncategorized

Hritrik Roshan Kalahkan Shah Rukh Khan, Dinobat Aktor Paling Seksi

Share

Wow, nampaknya aktor Hritrik Roshan dapat mengalahkan raja Bollywood, Shah Rukh Khan sebagai aktor paling seksi.

Dari 9 aktor yang tersenarai, nama Hrithik akhirnya terpilih sebagai pemenang.

Hritrik, memperoleh 38 peratus meninggalkan SRK yang berada posisi kedua dengan 37 peratus.

Manakala, Salman Khan mendapat tempat ketiga dengan 13 peratus berdasarkan Bollywoodlife.com.

Namun, MH tidak terkejut dengan keputusan ini kerana Hritkrik mempunyai figura yang kacak dan tubuh badan yang boleh dianggap sempurna.

Menurut Bollywoodlife.com juga aktor berusia 43 tahun itu mempunyai pakej yang lengkap, malah sering mendapat pujian di laman sosial.

Selain itu, penampilan Hrithik seharian juga kerap mendapat pujian. Malah, setiap filem yang dibintangi figura kacak itu pasti ditunggu-tunggu dan akan meraih box office.

Selepas filem Kaabil mendapat kutipan pecah panggung pada 2017, kini peminat sedang menantikan kemunculannya dalam dua lagi filem terbaru, iaitu Krissh 4 dan Super 30.

Okay, tak nak cakap banyak MH belanja korang 9 aktor paling seksi mengikut undian di Bollywoodlife.com.

1.Hritrik Roshan ( 38%)

2.Shah Rukh Khan ( 37%)

3.Salman Khan ( 13%)

4.Fawad Khan ( 5 %)

5.Ranbir Kapoor ( 3 %)

6.Ranveer Singh ( 1 %)

7.Shahid Kapoor ( 1 %)

8.Varun Dhawan ( 1 %)

9.Akshay Kumar ( 1 %)

Sumber : Bollywoodlife.com.

IKLAN