Categories: Uncategorized

“Hormati Dan Berilah Ruang Buat Ziana. Jangan Buat Kesimpulan Sesuka Hati, Mungkin Ada Sebab…” – Siti Nordiana

Share

Siti Nordiana atau lebih sinonim dengan panggilan Nana memohon agar netizen tidak terus melulu membuat sebarang spekulasi berhubung kes rumah tangga melibatkan penyanyi terkenal, Ziana Zain.

Jelasnya, penyanyi tersebut pasti memerlukan ruang untuk diri sendiri ketika sedang berhadapan dengan situasi sukar melibatkan isu rumah tangganya.

“Hubungan kami baik meski tidaklah terlalu rapat. Bagaimanapun sebagai rakan artis, saya harap peminat faham dan kalau boleh, hormati dan berilan ruang buat Ziana. Jangan buat kesimpulan sesuka hati, mungkin ada sebab ini semua berlaku.

 

“Tambahan pula, ia sudah menjadi kes mahkamah, jadi lebih baik kita hormati,” katanya kepada MH.

Memahami perasaannya yang juga seorang ibu, pemegang trofi Penyanyi MeleTOP AME tahun lalu itu turut mendoakan yang terbaik buat penyanyi kegemarannya itu.

Beberapa tahun lalu, MH turut menggandingkan dua figura ini bersama menerusi Media Hiburan khas raya. Turut sama bergandingan ialah aktres, Amyra Rosli.

“Saya pun harap peminat mendoakan agar kemelut yang berlaku dalam keluarganya dapat diselesaikan dengan cara bai, insyaAllah,” luahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang kini sibuk menjalani penggambaran drama rantaian, Pengantin Musim Salju di samping Alif Satar ini bakal menjalani penggambaran muzik video untuk single terbarunya yang bakal dilancarkan bulan depan.

“Saya baru saya selesai rakam lagu baru berjudul Hatiku Milikmu yang dicipta saya sepenuhnya. Minggu depan akan jalani penggambaran muzik video untuk lagu berkenaan dan selepas selesai, kami rancang untuk lancarkan ia April depan.

 

“Selain itu, saya dan Alif juga bakal bersatu menerusi sebuah persembahan istimewa di Singapura tidak lama lagi. Sebarang info mengenainya akan saya update di media sosial,” terang Nana. 

Terdahulu, Suami Ziana, Armin Zaharin Ahmad Zambri telah didakwa baru-baru ini atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka, pada 25 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak bekerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan dia telah didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

 

IKLAN