Pelakon, Redza Minhat ada memberikan pandangannya mengenai isu barangan tiruan untuk dibawa ketika beribadah.

Berkongsi di laman Twitter, Redza memerli mereka yang berpendapat bahawa seseorang itu harus memakai barangan original sahaja ketika ingin menunaikan solat.

“Nampak kat surau ada jemaah pakai jersey Liverpool ciplak untuk sembahyang, can’t brain. Pakailah yang ori.

 

“Lepas tu aku tanya ‘Bro apesal kau pakai yang ciplak? Nak mengadap Tuhan kena pakai yang original’, dia jawab…’ Tapi bro, jersey version ni yang ori dia tulis Carlsberg’. Termenung aku sekejap,” tulisnya.

Susulan itu, ada individu yang menempelak tindakannya itu serta meminta agar Redza bersikap terbuka sekiranya filemnya menjadi mangsa cetak rompak.

IKLAN

“I just hope you won’t say anything when any of your films are pirated in the future. You should have known and understood this better since your industry has been facing the same problem again and over again. Cuma different product jer,” tulis individu itu.

Redza kemudiannya membalas ‘tweet’ individu berkenaan.

“Bila kau tak faham soalan exam. Merapulah jadinya,” tulisnya pula.

Ternyata balasan Redza membuatkan individu tersebut memberikan penjelasan panjang mengenai isu yang diperkatakannya sebelum ini.

IKLAN

“Apa yang merapunya? Prior to selling those items, for sure she and her team did some research on them, employed designer and R&D teams to work on those. Basically, those are her IPs.

 

“Accept for some she rebrands. She deserve to get mad if people sell imitation under her brand.

 

“If you do think her word don’t make sense & wearing imitation doesn’t invalidate ur ibadah y bother? Its not even an issue.

 

“Point now is, she deserve to be mad, wutevr she utters if they r nonsense, just brush them off & wear imitation w confidence & continue ur ibadah,” tulisnya lagi.

Namun begitu, Redza membalas dengan mengatakan bahawa individu tersebut masih tidak memahami apa yang dia perkatakan sebelum ini.

“Masih tak faham soalan, sila berdoa kepada Tuhan agar pass or leave the hall now. If you were to understand that those were thought experiments, you wouldn’t have replied the way you do. ,” balasnya.

IKLAN

Wow! Hebat juga debat antara Redza dan individu itu ya. MH pasti setiap orang ada perbezaan pandangan tapi janganlah pula sampai kita merendah-rendahkan pandangan orang lain.

Apa-apapun, yang penting….tak elok gaduh-gaduh ni. Spread love, not hate!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI