Categories: Uncategorized

‘Hope Lepas Umrah, You Can Be Nicer To Your Fans’ – Peminat Dakwa Elfira Sombong

Share

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa sekarang ini pelakon comel, Elfira Loy sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci.

Sedang MH melihat-lihat gambar yang dikongsikan oleh Elfira di sana, MH terlihat satu komen daripada peminatnya yang mendakwa Elfira seorang yang sombong kerana tidak membalas sapaannya pada sebuah majlis.

Nampaknya komen daripada peminatnya ini mendapat respon daripada Elfira sendiri yang memohon maaf jika caranya membalas sapaan dirasakan sombong dan katanya peminat mempunyai hak untuk bercakap malah jauh di sudut hatinya tidak terlintas untuk menjadi sombong.

MH setuju dengan apa yang dikatakan oleh Elfira bahawa peminat mempunyai hak untuk bercakap dan sebagai seorang artis dia seharusnya mengambil kata-kata tersebut dari segi positif.

Apapun MH rasa tak salahkan kita sesama manusia menasihati sesama sendiri. Harap Elfira dapat menerima teguran daripada peminatnya itu dengan hati terbuka dan mungkin dia sendiri tidak perasan menjawab sapaan dengan sombong.

Sumber: Instagram Elfira Loy

IKLAN