Ads

‘Holiday Ni Perkara Yang Private’ – Fazura

Seperti yang kita tahu selain Neelofa #Fattzura juga sedang seronok bercuti di Koh Samui, Thailand.

Walaupun tidak banyak berkongsi gambar di Instagram, kedua pasangan ini sempat membuat live update dan berborak bersama pengikutnya.

Tindakan Fattah dan Fazura yang agak ‘tertutup’ untuk berkongsi gambar-gambar percutian bersama, menjadi persoalan dan membuatkan pengikut setia mereka semakin rindukan kemunculan kedua pasangan ini.

Namun, menerusi sebuah akaun instagram yang dipercayai salah seorang peminat mereka sempat merakam sebuah video pendek Fazura yang menjelaskan mengapa mereka ‘menghilangkan diri’.

“Mana kita menghilang tanpa kesan? Kadang-kadang pergi holiday ni perkara yang private tak perlu diheboh-hebohkan lebih lagi dengan kawan dan family. Saya rasa benda ni something yang personal dan tidak perlu nak dikecohkan,”katanya ketika melakukan Insta Live Video.

Ads

Bukan itu sahaja, Fattah Amin juga sempat enter frame live update di akaun @ahmad.johari yang dipercayai milik abang Fazura yang lebih dikenali sebagai Jojo.

Mereka berdua kelihatan akrab dan selesa bersama sepanjang video itu dirakamkan.

Malah, sempat juga salah seorang peminat yang menyoalkan tentang bilakah hari jadi Fazura dan dengan pantas Fattah menjawab “27 September”.

Ads

Bukan itu sahaja, reaksi Fattah terkejut melihat gerak gerinya diperhatikan oleh Fazura juga telah mencuit hati peminat.

Ads

Malah Fattah juga sempat mengusik peminatnya untuk datangke Pekan dan buat meet and greet bersama abang fazura yang diberi nama #Jottah.

Jom tengok beberapa gambar yang sempat mereka berduakongsikan di Instagram.

‘Holiday Ni Perkara Yang Private’ – Fazura ‘Holiday Ni Perkara Yang Private’ – Fazura ‘Holiday Ni Perkara Yang Private’ – Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.