Bila tengok rakan-rakan diberikan pangkat ‘Datuk’ tentu terselit sedikit perasaan kan?

Pelakon Hisyam Hamid mengakui bahawa dia berbangga melihatkan rakan senegaranya, Datuk Aaron Aziz dan Datuk Adi Putra yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Oktober dan Disember tahun lalu.

Hisyam Hamid tak cemburu, Aaron Aziz, Adi Putra dapat title ‘Datuk’

IKLAN

“Sejujurnya, saya kagum dengan mereka berdua dan layak diberi penghormatan atas pencapaian sebagai anak seni. Mereka juga aktif di belakang tabir dan terbabit dengan program amal.

“Mungkin orang luar tak tahu apa mereka lakukan di sebalik kamera, jadi tak perlu nak pertikaikan kelayakan mereka,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya lagi, dia juga tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk meraih gelaran itu kerana merasakan dirinya masih ‘hijau’ dalam industri ini.

“Perjalanan saya jauh lagi. Malah, tak pernah terlintas pun difikiran ini untuk mendapatkan gelaran tersebut.

“Itu rezeki mereka dan saya sebagai kawan turut berbangga dan akan terus menyokong perjuangan teman industri. Insya-Allah niat baik akan diberkati,” katanya lagi.

Projek terbaru Hisyam adalah watak Fahad dalam drama DO[S]A, projek kolaborasi mega antara Malaysia dan Indonesia.

IKLAN

Hisyam Hamid tak cemburu, Aaron Aziz, Adi Putra dapat title ‘Datuk’

IKLAN

Turut membintangi drama lapan episod tersebut adalah Datuk M.Nasir, Ashraf Sinclair, Remy Ishak dan Shenty Feliziana.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI