Kasihan MH lihat Wak Doyok yang tak habis-habis dikecam dan digelar ‘lalang’ oleh netizen. Kali ini dia ‘kena’ lagi hanya kerana memperagakan baju melayu berwarna biru muda.
Rata-rata netizen meninggalkan komen di laman Twitter memanggil baju melayu tersebut ‘design lalang’.
Terdahulu, pelakon dan ikon fesyen ini menjadi antara selebriti yang digelar ‘lalang’ segelintir netizen apabila tiba-tiba mengeluarkan kenyataan ‘u-turn’ yang menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan sebelum ini dia terang-terangan menyokong kerajaan terdahulu.
Susulan itu, semalam dia ada memuat naik foto menerusi laman Instagram seolah-olah sedang bermuhasabah diri.
“Merenung nasib… hidup ini tak semuanya indah. Kadang-kadang kita berada di atas kadang-kadang kita berada di bawah.
“Tetapi apabila kita sudah berada di atas jangan sesekali lupa melihat kebawah. Kita boleh berbahagia dengan jalan mudah asalkan kepercayaan itu pegang sampai ke sudah.
“Apabila kepercayaan itu di hianati makan kita berhadapan dengan Maha pecipta. Kerana rezeki itu ada lah pemberian dariNya. Maka jangan lah kita bermegah-megah dengan bukan hak kita,” tulisnya.
Tak apalah Wak, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Betul tak?
Foto: Instagram Wak Doyok