Uncategorized

“Hello Polis, Ada Orang Gila Menari Tengah Jalan,” – Ramai Yang Hencap Video #inmyfeelingschallenge Fatin Afeefa?

Share

Ketika ini, ramai pula selebriti kita yang turut sahut cabaran melakukan #inmyfeelingchllenge. Lalu seperti biasa, ada yang suka dan tidak kurang yang memberikan kritikan pedas terhadap video yang dibuat sesetengah selebriti.

Antara yang mencuri tumpuan ialah video hasilan pelakon, Fatin Afeefa yang dimuat naiknya sehari lalu. Menerusi video tersebut, Fatin yang mengenakan kemeja corak jalur berseluar jean menari mengikut rentak lagu nyanyian Drake itu.

“KIKI DO U LOVE MEEEEEE?!!! Hahahaha. Never give up walaupun u terpeleot. Kiki dance tetap kiki dance,” tulisnya menerusi Instagram, lengkap dengan tanda palang #inmyfeelingschallenge.

Bagaimanapun, tarian yang kurang kemas menyebabkan dirinya hampir tersadung tetapi berjaya dikawalnya.

Menerusi ruangan komen, video yang sudah ditonton lebih 700,000 itu menerima pandangan yang pelbagai. Ada yang suka dan sebaliknya.

Fatin sebelum ini turut terpalit dengan beberapa kisah sensasi, termasuk keruntuhan rumah tangganya bersama aktor, Adam Shaz pada Mei tahun lalu.

Foto/Video: Instagram Fatin Afeefa

IKLAN