Ads

Hebat! Tamat Saja Konsert, ‘Ikon In Malaysia’ Terus Trending 3 Tempat Teratas!

Semalam merupakan hari bersejarah buat iKonic (kelab peminat grup iKon) apabila grup kesayangan mereka hadir untuk Konsert iKon Continue Tour In Malaysia 2018.

Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam,
MH difahamkan bahawa ada peminat sudah berada di kawasan itu sejak jam 7 pagi lagi.

Bermula pada jam 6 petang, iKon terus memberikan persembahan yang penuh bertenaga buat hampir 10 ribu peminat yang hadir bersama dengan lautan merah (warna rasmi iKon)

Menyanyikan lagu-lagu hit mereka seperti Rhythm Ta, Bling Bling, Love Scenario, B-Day dan Killing Me.

Hebat! Tamat Saja Konsert, ‘Ikon In Malaysia’ Terus Trending 3 Tempat Teratas!

Ads

Grup itu turut menghadiahkan para peminat mereka apabila menyanyikan lagu hit terbaru mereka, Goodbye Road buat pertama kalinya semasa konsert di Malaysia.

“Ini kali pertama kami menyanyikan lagu ‘comeback’ terbaru kami semasa konsert, adakah anda semua tahu kami akan buat persembahan lagu ini,” soal ketua grup, B.I.

Apa yang membuatkan MH kagum apabila kesemua ahli iKon iaitu, B.I, June, DK, Jay, Bobby,Song dan Chanwoo menggunakan bahasa Inggeris untuk berinteraksi dengan peminat serta tiada khidmat ‘translator’ pada malam itu.

Ads

Hebat! Tamat Saja Konsert, ‘Ikon In Malaysia’ Terus Trending 3 Tempat Teratas!

Dalam pada itu, iKonic terus membuatkan grup tersebut kagum apabila mereka menyanyikan lagu Love Scenario dengan fasih dalam bahasa Korea.

“Wow, lagu ini memang sangat popular di serata dunia,” kata B.I lagi.

Ads

Sementara itu, konsert tersebut turut mencatat sejarah sendiri apabila ia trending tiga tempat teratas di laman Twitter.

Hebat! Tamat Saja Konsert, ‘Ikon In Malaysia’ Terus Trending 3 Tempat Teratas!

Apa-apapun, MH yakin para peminat grup itu yang menghadiri konsert semalam tidur dengan mimpi indah. Konsert Ikon dibawakan oleh MacPie Pro.

Foto:YG Entertainment

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Syurga Saya Tetap Di Bawah Tapak Kaki Dia,” – Anna Jobling...

Pelakon, Anna Jobling memanjatkan rasa syukur apabila hubungannya bersama ibu tercinta, Ariz Raop kini sudah kembali pulih.
error: Hello. Cannot.