Uncategorized

Hebat Penangan EXO! Tiket Elyxion In Kuala Lumpur Dah ‘Sold Out’

Share

Wah! banyak betul perkara yang terjadi minggu lalu ya, daripada #MalaysiaMemilih, perubahan tampuk pimpinan, Konsert Bruno Mars dan jualan tiket ElyXion Live In Malaysia.

Mesti ramai pelik kan kenapa jualan tiket konsert pun boleh jadi isu? Kalau nak tahu selama beberapa hari, #ElyxionInMalaysia trending di Twitter berikutan ramai Exo-L (peminat) tidak dapat membeli tiket konsert tersebut.

Dalam pada itu, MH difahamkan bahawa peminat sudah beratur seawal hari rabu lagi di Atria Shopping Centre untuk membeli tiket tersebut secara offline manakala jualan online pula habis dalam masa beberapa minit sahaja.

Wow! Hebat betul penangan EXO ini ya. Malah semasa penganjur, Star Planet mengumumkan bahawa jualan tiket sudah habis, ramai peminat ‘meroyan’ dan mencari alternatif lain untuk mendapatkan tiket konsert tersebut.

Malah, apa yang mengejutkan MH apabila terdapat petisyen meminta agar ElyXion In Mlaaysia diadakan sebanyak 2 hari di Malaysia memandangkan ramai peminat tidak berpeluang untuk membeli tiket konsert itu.

EXO dianggotai oleh 8 anak muda iaitu Suho, Xiumin, Lay, Chanyeol, Baekhyun, Chen, D.O, Kai dan Sehun merupakan salah satu kumpulan idol paling popular di Korea Selatan.

Antara lagu-lagu hits mereka adalah ‘Growl’, ‘Wolf’, ‘Love Me Right’, ‘Call Me Baby’, ‘Monster’ dan ‘Kokobop’.

Konsert di Malaysia merupakan pit-stop terakhir mereka sebelum konsert ‘encore’ mereka di Seoul, Korea Selatan.

Apa-apapun, MH harap para peminat yang tidak dapat membeli tiket konsert tu jangan bersedih sangat ya, mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

IKLAN