Hazami Maafkan Gurauan Kasar Nabil Ahmad Di Pentas GV 4

Pasti ramai yang teruja dengan Gegar vaganza musim keempat ini bukan. Seperti tahun sebelumnya, Nabil Ahmad dan Jihan Muse telah terpilih untuk menjadi pengacara program tersebut.

Namun, Nabil sekali lagi dikecam netizen apabila menjadikan penyanyi Hazami sebagai bahan gurauan kasarnya baru-baru ini ketika siaran langsung GV 4 hujung minggu lalu.

Malah, Nabil dikatakan seperti melakukan gangguan seksual terhadap Hazami apabila memegang bahagian leher penyanyi tersebut ketika juri sedang memberikan komen.

Tidak selesa dengan kelakuan Nabil, Hazami telah bertindak untuk memarahi Nabil dan raut wajah beliau juga seakan bengang dengan apa yang berlaku. Kejadian itu disambut dengan gelak tawa Datuk Seri Vida dan Datuk Ramli MS.

IKLAN

Bagaimanapun, penyanyi iu memberitahu di Instagram miliknya bahawa dia sebenarnya tidak tersinggung dengan gurauan Nabil dan berkata Nabil juga sudah memohon maaf kepadanya.

Salam. Saya faham ada yang kurang setuju dengan bahan jenaka ni ya. Saya faham. Tapi ini SEKADAR HIBURAN ok. Kita chill k. Maafkan satu sama lain. I am ok ?. Saya doakan korang pun ok ❤. Just have fun and chill with @gegarvaganzaofficial ❤❤❤ (Next time saya bawak rotan jew k ?????????) I♡U #teamhazami #hazamiloveu #gv4 #gegarvaganza4 #gegarvaganza2017 #singing #music #acting #dancing #vocal #liveperformances #celebrity #art #artist #fashion #exclusive #wow #KasiUp1Kali #BintangKembaliMenyengat #igers #igersmalaysia #igersindonesia #igerssingapore #igersbrunei #igersasia #love #life #awesome @hazamiofficial @gegarvaganzaofficial @gegarvaganza2017 @gegarvaganza4official2017 @g.vaganzaa_support @astrogempak @era_fm @sinarfm @mediahiburanofficial @urtv @beritaharian @kosmo_online @datoserivida @utusanonline @pamoga_malaysia @cloudworksrecord

A post shared by Hazami Kamal (@hazamiofficial) on

“Salam. Saya faham ada yang kurang setuju dengan bahan jenaka ni ya. Saya faham. Tapi ini SEKADAR HIBURAN ok. Kita chill k. Maafkan satu sama lain. I am ok @gegarvaganzaofficial  (Next time saya bawak rotan jew.” Ujarnya di ruangan kapsyen.

Ruangan komen di juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira pengikut Hazami di laman sosial yang masih tidak berpuas hati dengan sikap Nabil.

Perkongsian pelantun lagu Sonata Musim Salju itu telah menerima ribuan komen. Rata-rata pengikutnya berkata Nabil seolah tidak menghormati penyanyi senior. Ada juga yang berkata Nabil hanya bergurau sekadar menghibur.

IKLAN

Rasanya, ini bukan kali pertama gurauan kasar Nabil dikecam netizen dan mengundang rasa tidak selesa orang ramai.

Bagi MH Online tak semua perkara kita boleh bawa bergurau dan melakukan aksi kurang sopan di khalayak ramai. Harapnya Nabil dapat kurangkan sikit lawak terlampaunya itu dan lebih menghormati artis senior.