Kurang dua minggu sebelum majlis akad nikah berlangsung, penyanyi dangdut, Mas Idayu mengakui perasaannya semakin berdebar-debar menjelang hari bahagianya nanti.
Mas Idayu bakal disatukan dengan Penerbit Eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini.
Teruja untuk melangkah ke fasa baharu selepas lebih 17 bergelar ibu tunggal, Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun, 50, berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja.
Setakat hari ini, menurut Mas Idayu, sudah beberapa penajaan terpaksa ditolak secara baik memandangkan semua keperluan sudah dipenuhi.
“Saya bersyukur kerana perkahwinan kedua tak sangka akan dapat tajaan yang begitu besar. Dari RM7 juta, sekarang jumlah penajaan sudah hampir mencecah RM8 juta.
“Sehingga ke hari ini pun masih ada lagi pihak yang mendekati untuk menaja beberapa keperluan perkahwinan, namun saya terpaksa tolak secara baik sebab semua persiapan Alhamdulillah sudah disediakan.
“Bercakap tentang perasaan, memang saya rasa berdebar-debar tunggu majlis akad nikah nanti. Ibaratnya macam hati rasa tidak keruan, macam orang dulu-dulu kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.
Ads
“Macam majlis bersiram hari ini pun saya dah rasa berdebar, apa entah lagi majlis pernikahan nanti,” katanya kepada MH.
Mas Idayu ditemui pada Majlis Bersiram di Telaga Bunga Spa, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pada Ahad. Majlis itu juga merupakan antara penajaan yang diterima penyanyi lagu Cintaku 100% itu menjelang hari bahagia.
Upacara bersiram itu turut dihadiri anak tunggal Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, 24, yang turut sama mendoakan kebahagiaan ibunya kali ini kekal sehingga akhir hayat.
Ads
“Sejujurnya saya tak pernah nampak mummy (Mas Idayu) happy macam sekarang dan saya tumpang seronok untuk dia.
“Mummy adalah pernah cakap selain excited, dia juga rasa nervous sebab tinggal beberapa hari sahaja dan dia berharap agar majlis itu nanti akan berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.
“Dulu-dulu susah saya nak terima orang baharu dalam keluarga tapi bila dengan daddy (Sufian), hati saya first time terbuka untuk tengok mummy kahwin lagi.
Ads
“Sebab saya pun dah besar dan memang nak mummy happy sahaja sampai bila-bila. Semoga ikatan yang dibina mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat,” kata Dayini.
Majlis akad nikah dan resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 16 September di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Lebih mengujakan, majlis resepsi bertemakan dongeng dan fantasi bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) yang hanya akan didedahkan pada hari itu nanti.
Sekadar info, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Tidak faham perubahan mood isteri, Syafiqah Aina yang kini sarat mengandung, suaminya yang juga bintang insta, Hafiz Mahamad memaklumkan apa sahaja yang dilakukan tidak kena pada pandangan isteri.
Kelakuan isterinya yang secara spontan berubah buatkan dirinya keliru.
Misalnya menerusi perkongsian di laman Instagram, sewaktu pasangan ini ingin membuat persiapan membeli barangan bayi bakal lahir, isterinya tiba-tiba menangis seorang diri di dalam bilik.
“Selama 7 tahun dengan dia ni, harini hari paling aku tak faham.
“Bangun pagi tadi semangat turun bawah nak makan sama, tengok tv sama. Tapi tengok dia nyenyak tidur, sebab penat so aku biar.
“Tengah aku layan movie, tiba tiba tertidur plk. So aku bangun2, tengok jam kol 1:30pm dah. Lincah lincah naik atas nak siap bawa dia pg cari barang baby, sbb semalam dia ajak.
“Aku nak masuk bilik, dia boleh kunci dah sudah ni confirm aku kena point salah pape ni. Lepas ketuk bilik banyak kali, dia bukak pintu. Tengok mcm menangis, aku pelik kenapa pulak ni,” tulisnya.
Walaupun tiada alahan sewaktu awal kehamilan, namun detik-detik sarat ini melibatkan turun naik emosi sehinggakan kucing peliharaan mereka juga tidak boleh dekat.
“Aku siap siap, terus tunggu kat bawah. Tunggu punya tunggu, aku tgk dia tak siap pape. Tapi hrn mmg mood mummy down teruk, sape sape tkblh dekat. Kucing aku jimmy pun tk blh dekat
“Masa mula pregnant seronok sbb tkd alahan pape! Nah tiba sekarang, segala mood sedih semua ada
“Sorry ya mummy kalau ada salah walaupun abang tktau salah apa, i love you so much.”
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusoff meluahkan rasa berang selepas mendedahkan ada pihak yang cuba menyamar menggunakan suaranya di aplikasi video secara langsung di media sosial.
Menurutnya, ada individu yang didakwa menggunakan akaun palsu memandangkan dirinya langsung tidak mempunyai akaun Bigo mahupun Facebook.
Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai kenyataan yang menyifatkan kebanyakan masalah rogol yang berlaku ketika ini adalah daripada sikap mangsa yang mengenakan pakaian mencolok mata.
Jelasnya, mana-mana lelaki pun tidak akan dapat menahan nafsu mereka sekiranya terlihat wanita yang terdedah auratnya.
“Dah kene rogol tak payah nak salahkan orang yang rogol kaulah. Kalau pakaian kau pon dah buat orang bernafsu dengan kau, bangga tayang body?
“Nk tunjuknya body cantik yang tidak akan kekal lama tu?
“Ape guna Islam suruh tutup aurat betul-betul kalau sendiri tak ikut? Tanyalah laki mana-mana semua akan bernafsu tengok,” tulis seorang individu.
Kenyataan tersebut ternyata mengundang reaksi ramai termasuklah pengacara dan penyampai radio, Hanif Hamzah.
Jelas Hanif, individu berkenaan tidak sepatutnya menyifatkan seluruh lelaki di dalam dunia ini adalah sama kerana setiap orang mempunyai sifat yang berbeza.
Malah penyampai radio Era itu turut menambah, tiada gunanya dilahirkan sebagai seorang orang Islam sekiranya kita tidak mampu untuk menjaga nafsu dan pemikiran kita.
“Kau jangan sama kan aku dengan kau. Jangan pukul habis semua lelaki. Aku jaga nafsu aku. Apa guna Islam kalau otak kau kotor,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Hanif selain turut menyifatkan mentaliti tersebut hendaklah diubah.
Sumber: Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!