Ads

“Hati Ibu Mana Yang Tak Luluh Bila Melihat Anak-Anak Sakit Begini,”- Yatt Hamzah Gusar Anak Lembik, Tak Lalu Makan

Dua daripada tiga anak pelakon, Yatt Hamzah iaitu Suci Humaira Iqlima dan Suci Hayfaa Medina kini sakit.

Menerusi entri di laman Instagramnya, dia turut meluahkan rasa gusar melihatkan anak-anaknya yang tidak bermaya itu.

“Hati ibu mana yang tak luluh bila melihat anak-anak sakit begini. Dua-dua lemah longlai tak aktif seperti biasa. Badan panas macam bara api.

“Iqlima paling lemah lembik, setiap kali makan akan dimuntahkan kembali. Media masih ingin makan tapi suhu badannya lebih tinggi berbanding Iqlima.

Ads

“Bonda hanya mampu mendoakan dan terus menjaga anak-anak Bonda ini agar lekas sembuh.

“Kuatkan semangat wahai anak-anak. Kuat demi Bonda seperti mana Bonda kuatkan semangat demi kalian anak-anakku,” tulisnya.

Ads

View this post on Instagram

Hati ibu mana yg tak luluh bila melihat anak2 sakit begini. Dua2 lemah longlai tak Aktif seperti biasa. Badan panas macam bara api. Iqlima paling lemah lembik, setiap kali makan akan dimuntahkan kembali. Medina masih ingin makan tapi suhu badannya lbh tinggi berbanding Iqlima. Bonda hanya mampu mendoakan dan terus menjaga anak2 Bonda ini agar lekas sembuh. Kuatkan semangat wahai anak2. Kuat demi Bonda seperti mana Bonda kuatkan semangat demi kalian anak2 ku.. ?❤️??? . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #babyYH #LilSuci #lilMujahidah #sucihayfaamedina #sucihumairaiqlima #baby #anakBondaYH #SiBibirMerah #medina #iqlima #anak2BondaYH #medina8bulan #iqlima1tahun11bulan

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Ads

Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada 27 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima pada 27 Disember tahun lalu manakala Suci Hayfaa Medina lahir pada April.

Dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinan terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

Foto/Instagram: Yatt Hamzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.