Ads

“Haters Tu Penting,” Dikritik Kerana Turut Serta Program Hiburan, Ini Penjelasan PU Azman

Penceramah selebriti, PU Azman menyifatkan tiada masalah sekiranya seseorang yang bergelar ustaz mahu muncul di program hiburan kerana percaya dakwah hadir daripada pelbagai cara.

Katanya, dia sudah menyertai pelbagai program agama dan kini sudah tiba masa untuknya menyahut cabaran menyertai program berunsurkan hiburan 100 peratus.

“Sebenarnya saya bukan pilih pendekatan itu, saya sudah menyertai banyak program agama. Akhirnya timbul persoalan kenapa saya tak turut serta dengan pelawak-pelawak dan ketika ini saya sedang sahut cabaran tersebut.

 

“Ini merupakan program pertama saya untuk berganding dengan pelawak-pelawak di sebuah program komersial hiburan 100 peratus,” katanya kepada MH.

Tambah PU Azman, untuk memuaskan hati semua pihak adalah sukar kerana mereka akan tetap bersuara walaupun kita sudah melakukan perkara positif.

Ads

“Bagi saya ‘haters’ sentiasa ada kerana benda itu penting sebenarnya. Sebab kadang-kadang kita lakukan perkara yang postif pun orang akan komen juga,” katanya.

Langsung ditanya adakah PU Azman selesa bekerja bersama para pelawak, ini jawapan yang diberikan beliau;

Ads

“Saya sangat selesa untuk bekerja bersama para pelawak sebab saya boleh ‘masuk’ dengan mereka,” ujarnya.

Ketika ini, PU Azman sedang sibuk mengacarakan salah satu slot di dalam program Jozan yang ditayangkan di Astro Warna pada setiap hari Selasa bermula jam 10 malam.

Ads

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.