Uncategorized

Harus Dipuji, Asyraf Khalid Rai Hari Jadi Pertama Anak Di Rumah Anak Yatim!

Share

Diam tak diam, sudah setahun rupanya usia anak pasangan Asyraf Khalid dan Tya Arifin iaitu, Ariff Jiwa Asyraf.

Apa yang menarik perhatian MH adalah sambutan majlis hari jadinya yang diadakan di Rumah Titian Kasih, Kuala Lumpur.

Sambutan majlis hari jadi tersebut diadakan semalam, serta turut dimuat naik di laman Instagram milik Asyraf.

“Esok (31 Mac) adalah hari jadi anak saya yang ke setahun. Saya masih tak percaya sudah setahun saya bergelar bapa.

“Arif dan Tya adalah 2 perkara paling berharga dalam hidup dan saya sangat bersyukur dengan keluarga kecil ini.

“Tahun ini kami mengambil keputusan untuk menyambut hari jadi Arif di Rumah Titian Kasih bersama dengan anak-anak yang ‘kekurangan’.

“Seronok tengok orang ‘happy’ membuatkan saya gembira juga. Isteri sata rancang kesemuanya dari A-Z, terima kasih sayang,”tulisnya di kapsyen foto.

Wow! Seronok betul MH lihat sambutan hari jadi Arif tu, apa-apa pun MH nak juga ‘wish Happy Belated Birthday’ pada Arif.

Lahir pada 31 Mac 2017, Arif merupakan anak pertama hasil perkahwinan Asyraf dan Tya yang bernikah pada 1 November 2015.

Dalam pada itu, Arif merupakan calon Top 5 kategori Si Cilik MeleTOP bersama Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana, Syeriv Samheizy dan Yusuf Iskandar.

Sumber:IG Asyraf Khalid

IKLAN