Uncategorized

Harris Baba Didakwa Aniaya Rakan Kongsi?

Share

MH ada menjengah di laman Instagram milik penyanyi kelahiran Singapura yang dikatakan telah menganiaya rakan kongsinya sendiri. Eh, Betul ke?

Khabarnya, Harris dan Ammar Fikri dalam proses menjalankan perniagaan menjual aksesori telefon secara atas talian.

Menurut Harris, Ammar telah menyebarkan cerita yang tidak benar serta memutar belit cerita mengenainya di laman sosial dan kepada beberapa buah portal online.

Menurut entri tersebut, Harris menyatakan Ammar telah ‘melesapkan’ duitnya dan menggunakan kontrak palsu semasa berurusan dengannya.

Berasa curiga dengan rakan kongsinya itu, Harris meminta rakan kongsinya memulangkan semula wang yang telah dia laburkan untuk perniagaan itu tetapi rakan kongsinya itu hanya memulangkan separuh sahaja.

Dalam masa sama, Harris juga berpesan agar Ammar berfikir dua kali sebelum bertindak untuk menipu kerana dia mempunyai bukti yang kukuh.

“U should think twice before lying and twisting ur story because i have all the proof from our whatsapp conversation to ur so called “Contract” that u lied to me and cheated me since I signed ur contract on the 22nd of November. ” tulisnya di Instagram.

Dikhabarkan juga, Ammar telah membuat laporan polis kerana bimbang repustasinya sebagai usahawan muda terjejas, 

Tinjau MH di Instagram milik pelantun lagu Katakan itu juga dilihat telah memadam entri berhubung isu ini.

Apapun, diharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik ya!.

IKLAN