Uncategorized

Harith Iskander ‘Throwback’ Kenangan Filem Dua Dekad lalu, Anna And The King Sebab…

Share

Pelawak dan pengacara, Harith Iskander muat naik foto ‘throwback’ semasa dia terlibat dalam filem yang sudah pun berusia hampir dua dekad, Anna & The King menerusi laman Instagramnya, semalam.

Di ruangan kapsyen, Harith juga sempat berkongsi pengalaman berlakon di dalam filem tersebut.

“A youthful and regal #chowyunfat in a still from the film “Anna & The King” … but waaaaait a minute …. who’s that rotund bodyguard behind him?

 

“That guy looks like he could defeat any potential enemies by sitting on them. ? It was an awesome experience on the set of a Hollywood movie shot over four months in 1998 on location in Ipoh, Penang and Langkawi. #AnnaAndTheKing,” tulisnya.

Susulan itu, ramai netizen melahirkan rasa ingin tonton kembali filem yang pernah menghangatkan negara era 90-an itu.

Filem tersebut dibintangi oleh Jodie Foster dan Chow Yun Fat serta pelakon Malaysia, Deanna Yusoff. Ia juga banyak menjalani penggambaran di Malaysia, khususnya di Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan juga Ipoh.

Foto/Instagram: Harith Iskander

IKLAN