
Bintang media sosial, Ameera Khan ada memuat naik beberapa perkongsian pendek menerusi Insta Story di Instagram miliknya, pada Selasa.
Menariknya, adik kepada usahawan dan hos terkenal, Neelofa ini berkongsi beberapa foto ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sewaktu muda.

“Mama… Harimau pun nangis tengok ni,” tulisnya ringkas pada foto lama ibu tercinta bersama emoji.
Sementara itu dalam satu perkongsian lainnya, Ameera sekali lagi menulis kapsyen berseloroh.
“Menangis ke tak menangis?,” titipnya lagi.
Di dalam beberapa gambar yang dikongsikan itu, jelas menggambarkan Datin Noor Kartini mempunyai raut jelita sejak dari dulu lagi.

Malah, usahawan tersebut juga kelihatan anggun mengenakan persalinan hitam dan putih lengkap dengan aksesori anting-anting sebagai pelengkap gayanya dalam foto tersebut.
Foto: Instagram Ameera Khan, Datin Noor Kartini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Selepas berseloroh menyuarakan hasrat menimang 13 cahaya mata selepas bernikah dengan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat tular dan reaksi pelbagai netizen, hos Nabil Mahir tampil menjelaskan perkara sebenar.
Katanya, pendedahan tersebut hanyalah impian dan sejujurnya mereka yang kini sudah pun sah bergelar suami isteri terbuka mengenai kehadiran cahaya mata selepas ini.
Malah, ia bukanlah satu sasaran, sebaliknya hanya kerana dia menyukai angka 13.
“Angka 13 adalah nombor kegemaran saya. Baik saya dan Ayda, kami tidak meletakkan sebarang sasaran nak ada 13 anak.
“Apa yang lebih penting adalah doa orang ramai supaya kami dikurniakan zuriat yang sempurna dan sihat.
“Saya tak kisah pun berapa bilangan anak dan hanya berserah kepada takdir. Tiga orang ke, 13 ke atau 30 sekali pun, saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan segalanya.
“Yang penting kami terbuka dan berdoa agar dikurniakan rezeki cahaya mata awal, insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, Ayda berkata, dia sudah lali dengan kecaman warganet dan tidak mengambil hati.
“Terpulang kepada masyarakat untuk cakap apa pun. Saya tak kisah sebab hanya kami saja yang kenal diri kami.
Cuma kita doakan semoga apa yang bakal berlaku dalam hidup kita adalah perkara yang baik-baik saja,” katanya positif.
Semalam, pasangan selebriti berlenaan selamat diijab kabulkan di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.28 petang.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri, dengan disaksikan bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.
Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar mengakui berasa sangat terkejut selepas mengetahui ada kedengaran suara wanita menangis sewaktu sedang berinteraksi bersama peminatnya menerusi aplikasi Instagram live.
Menurut Syuk, pada awalnya dia langsung tidak perasan mengenai perkara tersebut sehinggalah ada yang menghantar video rakaman sesi live tersebut kepadanya.
A post shared by 𝑯𝒐𝒕𝑭𝑴 𝑫𝑱 𝑨𝒏𝒏𝒐𝒖𝒏𝒄𝒆𝒓 (@shuk_hotfm)
“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya. Saya memang tak dengar apa pun waktu live tu. Mula-mula saya live biasa je. lepastu kami main teka-teka umur dan nama. siapa menang dia dapat duit rm150.
“Kemudian saya tengok kat ruang komen semua kata ada suara orang menangis. Padahal saya tak dengar apa pun.
Kemudian bila orang hantar screen recorder kat saya. Baru saya perasan memang ada bunyi orang menangis,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, penyampai radio Hot FM itu memaklumkan perkara tersebut mungkin berlaku disebabkan dia baru sahaja berpindah masuk ke rumah baru dan belum sempat untuk mengadakan bacaan doa selamat.
“Jujur saya cakap rumah saya ni baru duduk @rossa.sera dan belum sempat buat doa selamat lagi. Takpa esok saya cuba panggil ustaz untuk check benda apa sebenarnya,” katanya lagi.
Video berdurasi hampir 13 saat itu nyata menarik perhatian ramai selepas meraih lebih 100,000 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen juga berasa seram sebaik sahaja menonton video tersebut selain turut menasihati Shuk untuk segera mengadakan doa selamat.
Sumber: Instagram Shuk Sahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Isteri kepada pelakon dan pelawak, Allahyarham Abam Bocey iaitu Nurul Hidayah ada menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari lahir suaminya yang genap 33 tahun semalam.
Menurut Hidayah, meskipun sudah hampir setahun suaminya itu meninggal dunia, tetapi dia masih dapat merasakan arwah Abam sentiasa ada dekat bersamanya.
A post shared by 🇲🇾Syed Uthman Hamzah🇲🇾 (@abam_bocik)
“Walaupun terpisah dunia tetapi rohnya sentiasa disisiku. Ku percaya dia sentiasa menemaniku. Ini sedikit kenangan-kenangan ku bersama Allahyarham suamiku saat-saat ku mengandungkan anakku harta yang tak ternilai Syed Uthman Hamzah.
“Kekuatannya, keberanianya semangatnya ku pinjam. Berehatlah sayang. Damailah sayang Bersemadilah sayang,” katanya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram peninggalan arwah Abam.
Katanya lagi, dia tidak pernah jemu untuk menitipkan doa meskipun ketika ini dia jarang mempunyai kesempatan untuk menziarahi pusara arwah memandang negara ketika ini sedang berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Akuuuu? Akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak selagi hayat ku masih ada dan menjadi bidadarimu hingga ke akhirnya. Tak semestinya tak pergi tempatmu, ku lupakan mu TIDAK.
“Setiap masa, setiap saat, setiap detik tidak penah ku lupa akan ku selit namamu didalam doaku dan setiap sujudku, Al-fatihah untukmu imam ku Syed Umar Mokhtar,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Hidayah turut berjanji akan menjaga anaknya itu dengan baik seperti yang telah diamanahkan oleh Arwah Abam.
Malah, Hidayah terut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan terhadap dirinya.
“Syed Uthman Hamzah harta yang tak ternilai akan ku jaga dan akan ku bimbing anak kita menjadi anak yang soleh. Bila dia besar dia akan mendoakan ayah dia disyurga dan berbakti kepada ibu dan ayahmu.
“Alhamdulliah syukur pada Allah sekarang ku ada kedai sendiri berkat doa-doa anda semua saya berjaya smpai sekarang. Terima kasih mak, abah, keluarga, saudaraku, kawan-kawanku selalu support dan mendoakan ku berjaya sampai sekarang ini.
“Susah senangku keluarga ku sentiasa ada bersama ku dan anakku. Ku akan terus kuat dan teruskan perjuangan ku untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu Dan Kita kongsi pahala bersama-sama,” akhirinya.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Sumber: Instagram Abam Bocik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

