Pelakon, Ashraf Muslim memaklumkan bahawa bapanya, Haji Muslim Bulat telah dijangkiti wabak Covid-19 tahap 5B, beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, pelakon berusia 40 tahun ini mendedahkan jantung dan beberapa organ dalaman bapanya didapati rosak.
Difahamkan, bapanya kini sedang menjalani rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU), di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, pelakon kelahiran Telok Mas, Melaka ini mengharapkan ramai mendoakan agar bapanya diberikan kesembuhan dan bebas daripada wabak penyakit berkenaan.
“Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu, puas pujuk hati ni tapi gagal jgak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya utk sampaikan berita ini.
“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.
“Dalam hidup terlalu byk pengorbanan yg telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.
“Apa yang diharapkan skrang ialah keajaiban yg berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua,” tulisnya.
Sebelum ini, Ashraf juga pernah disahkan positif Covid-19 pada 12 April tahun lalu.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Apalah, Saya Kirimkan Saja Doa Bagi Ubat Kerinduan,” – Bangkit Dari Kesedihan, Ini ‘Beribu Rasa’ Bob Yusof
Tidak menafikan dirinya turut terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu, penyanyi Bob Yusof, 40, akui apa yang dilalui menjadi satu pengalaman paling berharga sepanjang bergelar anak seni.
Meskipun perit, Bob bagaimanapun bersyukur kerana dapat menempuh fasa tersebut dengan hati terbuka, meski ada ketikanya dia ‘sesak’ untuk mencari pendapatan dalam tempoh berkenaan.
“Saya percaya ramai yang terkesan dengan apa sudah dilalui. Ada yang hilang pekerjaan, mengalami tekanan perasaan dan ada juga rumah tangga bergoncang kerana hilang pendapatan dan sebagainya.
“Tapi saya bersyukur kerana dapat melalui fasa getir berkenaan dan tidak terperangkap dengan emosi sendiri. Harapnya dengan keadaan semasa yang semakin baik sekarang, semua orang mampu membina semula kehidupan yang lebih baik,” kata Bob.
Menurut Bob, dia paling tidak dapat melupakan situasi tidak dapat pulang beraya di kampung halaman di Limbang, Sarawak sejak dua tahun lalu, sekaligus tidak berpeluang menziarahi pusara ibunya dalam tempoh berkenaan.
“Baru-baru ini saya ada pulang ke kampung di Limbang tapi masih tidak dapat ke pusara ibu memandangkan belum dibenarkan menziarahi kerana kawasan tersebut menjadi pusara untuk mangsa Covid-19.
“Saya memang sedih tapi reda dengan keadaan tersebut. Tak apalah, saya kirimkan sahaja doa bagi mengubat kerinduan yang tak berpenghujung,” katanya.
Mengubat segala kedukaan yang dilalui, Bob kini tampil dengan single Beribu Rasa, ciptaan Ajai dan lirik oleh Slen Fadzil. Ia merupakan simbolik kepada dirinya yang berjaya melepasi segala kekalutan setelah mengharungi tempoh sukar sebelum ini.
“Kita tak boleh bersedih dan kena bangkit daripada segala masalah. Saya anggap dengan terhasilnya lagu ini akan mengubat rindu peminat dan dalam masa yang sama menjadi semangat kepada saya untuk terus maju dalam bidang seni.
“Sebenarnya tema yang dipilih juga kena dengan situasi semasa. Ada segelintir lelaki putus cinta dan ditinggal kekasih tapi masih juga mahukan orang yang sama. Itu yang diangkat dalam lagu ini,” katanya lagi.
Beribu Rasa adalah terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan lagu ini diedarkan oleh Univesal Music, turut boleh didengari di semua platfrom muzik digital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bob Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Itu Hak Saya. Mungkin Ada Yang Tidak Suka Dan Sebaliknya,” – Kena Tegur Netizen, Fathia Latiff Komen Isu Buat Suntikan Filler
Pelakon, penyanyi dan usahawan, Fathia Latiff menyifatkan dia mempunyai pilihan untuk melakukan apa sahaja selagi ia tidak memberi kemudaratan kepada dirinya.
Fathia, 34, atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff baru-baru ini mendapat kritikan segelintir warganet apabila memuat naik video seterusnya mempromosikan kaedah rawatan aestetik ‘filler’ di bahagian rahang di media sosial.
Katanya kepada MH, dia tidak boleh berbuat apa-apa andai ada pihak yang tidak suka terhadap apa yang dilakukannya itu.
“Itu hak saya. Mungkin ada yang tidak suka dan sebaliknya. Kalau yang suka, saya gembira kerana saya seperti motivasikan mereka untuk tampil lebih cantik. Bagi yang tidak suka, saya tak boleh nak buat apa.
“Ia tidaklah ketara perubahan yang dilakukan. Bila buat rawatan dan amalkan jamu, ia lebih berganda.
“Malah saya sering muncul di kaca televsyen dan sosial media. Orang nak tengok saya dan saya kenalah tampak cantik. Ini adalah sebahagian daripada kerja saya. Pekerjaan saya membuatkan saya perlu tampil lebih berbanding orang lain,” katanya.
Dia pada masa sama juga tidak kisah jika ada yang memandangnya dari sudut negatif.
“Saya tidak kisah. Malah dari dulu pasti ada yang pesimis. Namun dalam sisi lainnya, mereka seolah-olah buatkan saya untuk jadi lebih kuat,” katanya lagi.
Terdahulu, pelakon drama Ariana Rose ini ditemui pada majlis pelancaran kiosk pertama Jamu Dara Cantik by Fathia Latiff di Setapak Sentral, pada Jumaat.
Berkongsi mengenai kecintaan kepada dunia perniagaan jamu ketika ini, Fathia mengakui idea tersebut tercetus setelah sering melakukan promosi produk termasuk jamu sejak sekian lama menerusi platform media sosial miliknya.
“Sebelum ini saya sering lakukan reviu dan daripada situlah saya mulai kumpul kekuatan dan keyakinan untuk buka sendiri kiosk jamu untuk dijual kepada peminat.
“Memang tidak dinafikan daripada segi ‘branding’, nama saya lebih kuat di media sosial. Bagaimanapun diri sendiri, saya lebih senang jualnya secara fizikal.
“Proses untuk bukanya tidaklah ambil masa yang lama iaitu lebih kurang sebulan sahaja. Saya bertuah kerana ada rakan kongsi, Anis yang banyak berikan sokongan.
“Dia juga ada kiosk kecantikan sendiri dan kami sudah pun kenal lama. Malah ketika aktif berlakon sebelum ini, saya selalu juga beli jamu darinya.
“Alhamdulillah pembukaan ini dipermudahkan. Selain itu saya juga ada produk sendiri iaitu minyak wangi dan biskut. Target saya untuk buka lebih banyak kiosk seperti ini, khasnya di pusat membeli-belah di kawasan bandar.
“Saya memang amalkan jamu sejak berusia 20 tahun dan syukur pada usia sekarang pun saya masih lagi aktif dan bertenaga. Jadi memang nak kongsi akan kebaikan amalan jamu ini kepada semua,” katanya yang turut berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pandai Bangun Tidur Je Dekat Rumah,” – Zaman Sekolah Dah Jual Buku Mewarna, Pen… Linda Rafar Akui Suka Kerja & Cari Duit Sendiri Sejak Dulu
Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar menyifatkan minatnya yang mendalam terhadap bidang perniagaan sebenarnya telah pun dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
Menurutnya, pelbagai jenis perniagaan telah dimulakannya sewaktu di sekolah antaranya dengan menjual buku mewarna, pelekat, pen dan bermacam-macam lagi demi untuk mencari duit poket sendiri.
Jelas Linda lagi, kencintaannya itu mungkin mengikut cara Allahyarham bapa yang sukakan bisnes.
View this post on InstagramA post shared by LRHIJAB FOUNDER (@lindarafar) on
“Linda suka berkerja. Suka biz and suka cari duit sendiri.
“Masa sekolah lagi dah pandai cari duit berniaga buku colouring, sticker, pen dan etc.
“Maybe terikut cara arwah abah yang suka biz. Until today Linda tak pandai bangun tido je kat rumah,” tulisnya.
Pada masa sama, niatnya menyertai bidang perniagaan juga bertujuan untuk membantu orang lain untuk sama-sama berjaya ke arah kehidupan yang lebih baik.
“Idea datang sampai tak boleh tido, selagi tak berjaya buat sesuatu benda-benda baru selagi tu linda tak berhenti berusaha.
“So tak mustahil la till now tak tido lagi ni. Macam-macam idea sampai ni tapi yang pastinya niat Linda satu je nak jadi seseorang yang mampu membantu orang lain untuk sama-sama berjaya dalam hidup.
“Di bulan ramadhan doakan niat ini di makburkan Allah SWT,” jelasnya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan anggota kumpulan Elite itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat tinggi Linda selain turut mendoakan semoga dirinya sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.
sumber: Instagram Linda Rafar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI