Program nyanyian yang menghimpunkan bakat-bakat baru, Big Stage telah pun melabuhkan tirainya malam tadi apabila Sarah Suhairi telah dinobatkan selaku juara seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 100,000 ringgit.

Konsert final tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada juri tetap program iaitu Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Faizal menyanyikan lagu terbarunya berjudul Ragaman secara langsung di pentas Big Stage.

Bagaimanapun, persembahan Faizal dilihat sedikit terganggu ketika membuat persembahan, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.

Ads

“Good job Faizal. Perform Ragaman “live” n forgot to put on ur in-ear monitors. One job man. U had one job.

“Bad day at the office today guys. My bad,” tulisnya.

Menerusi sebuah tweet, Faizal mengakui dia sebenarnya terlupa memasang monitor telinga hingga menyebabkan persembahannya itu sedikit terjejas.

Ads

Faizal turut memohon maaf di atas kesilapannya itu dan menyifatkan semalam adalah hari malang baginya.

Namun, diruangan komen, rata-rata netizen menganggap persembahan Faizal itu tetap hebat walaupun mengalami sedikit masalah teknikal.

Ads

“Hari Ini Hari Malang Saya,”- Hadapi Masalah Nyanyian Secara Live Di Big Stage, Ini Penjelasan Faizal Tahir

“Hari Ini Hari Malang Saya,”- Hadapi Masalah Nyanyian Secara Live Di Big Stage, Ini Penjelasan Faizal Tahir

Selain Faizal dan Datuk Siti Nurhaliza, konsert final Big Stage turut dikejutkan dengan persembahan penyanyi Amerika Syarikat, Alec Benjamin.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI