Penyanyi, Nora Ariffin kagum dengan persembahan bertenaga yang ditunjukkan oleh dua rakan selebriti, Datuk Aishah dan Ziana Zain yang masing-masing baru sahaja mengadakan konsert istimewa pada Sabtu lalu.
Menurut Nora, kualiti nyanyian yang ditunjukkan oleh kedua-dua penyanyi hebat tanah air ini langsung tidak menampakkan sebarang tanda penurunan meskipun usia mereka kini sudah menjangkau lebih 50 tahun.
“Luar biasa hebat. Salute dengan kehebatan luar biasa dua lagenda tanah air yang sememangnya tiada tandingan.
Datuk Aishah dan Ziana Zain.
“Walaupun saya tidak dapat hadir tapi melihat dan mendengar dari jauh sudah memadai.
“Usia mereka yang sudah mencecah 50-an, ibu yang sudah beranak pinak, despite of whatever they went through tapi masih mampu memberikan persembahan yang memukau,” tulisnya.
Rasa gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh kedua-dua penyanyi ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Lantaran itu, Nora mendedahkan dia mahu mengikut jejak langkah penyanyi-penyanyi tersebut untuk terus memberikan persembahan yang terbaik dan tidak menjadikan faktor usia sebagai penghalang.
“Bukan mudah untuk mengekalkan vocal, key, note lagu yang susah-susah especially nak sustain HIGH NOTES dengan powerful, maintain energy level selama dua jam, full of feel, power, aura dan expression. Fuhhhhh.
“Tu semua bukan perkara mudah.
Superb! Sebagai sesama artis, saya tumpang bangga. Berbaloi ada konsert macm ni.
Ads
“Harap-harap bila saya umur 50an, masih mampu dapat nyanyi macam diorang.
Tahniah dear Datuk Aishah dan Ziana Zain,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut menyifatkan Nora juga mempunyai kualiti nyayian yang tidak kurang hebatnya juga.
“Yes betul. Datuk Nora juga apa kurangnya. Bila nak buat konsert pula Datuk?
“Hebat. Tak kurang juga DNA Nora Ariffin vokal tetap maintain. Alhamdulillah.
Ads
“Pada saya Datuk Aishah dan Kak Ziana masih sama. Dari zaman 80-an, 90-an, 2000 sampailah sekarang. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat mereka berdua dan juga Datuk Nora.
“Kak Nora juga masih memukau,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Datuk Aishah baru sahaja selesai mengadakan konsert yang diiringi orkestra di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).
Manakala, kehebatakan vokal Ziana pula nyata telah memukau para penonton yang hadir bagi menonton konser gabungan bersama adiknya, Anuar Zain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penceraian pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina sememangnya mengejutkan ramai pihak termasuk peminat kedua-dua penyanyi ini.
Walaupun sudah berpisah, Noh dan Nina mengambil pendekatan akan terus kekal bersahabat baik memandangkan mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Musa.
Noh dan Nina, kedua-duanya berkongsikan kenyataan rasmi mereka berhubung perpisahan itu di laman Instagram masing-masing sebaik mereka disahkan bercerai pada Khamis.
Dalam perkongsian itu, Noh dan Nina memuat naik gambar mereka bertiga termasuk Musa berlatar belakangkan pemandangan matahari terbenam di sebuah pantai.
Menariknya, satu status Twitter netizen yang dikenali @wanwanwan_wan__ mendapat perhatian warga maya apabila dia menulis maksud di sebalik simbolik matahari terbenam dalam gambar tersebut mengikut ‘urban dictionary’ yang sering digunakan dalam kalangan warga net.
“Mizz Nina kongsi gambar matahari terbenam dalam Instagram dia.
“Matahari terbenam itu membawa maksud ‘saya cintakan awak, namun saya terpaksa lepaskan awak pergi’,” tulis netizen tersebut.
Kicauan (twit) lelaki tersebut pantas mendapat ulang kicau (retweet) ramai yang mana lebih 10,000 netizen telah berkongsikan perkara tersebut.
Nina mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan itu pada 1 Julai 2011. Selepas 11 tahun hidup bersama, mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Elyana memilih untuk tidak menjelaskan apa-apa mengenai keputusannya yang tidak lagi mengenakan tudung, sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini.
Penyanyi lagu Kalis Rindu itu sebaliknya berkata, selagi dia menjelaskan hal berkenaan, selagi itulah banyak cerita-cerita yang kurang enak akan timbul.
“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itulah macam-macam cerita yang saya rasa tak masuk akal akan timbul.
“Demi menjaga tatatusila, menjaga jiwa saya, menjaga persekitaran saya… nama baik jangan cerita, nama baik dah lama jadi tak baik… Demi menjaga jiwa sebenarnya, saya ambil keputusan untuk tidak mahu menerangkan apa-apa, kepada mereka yang tidak mahu langsung memahami (saya yang) sebenarnya,” katanya.
Elyana menambah, dia tidak mengalami rasa penyesalan memandangkan setiap yang berlaku adalah satu satu proses pembelajaran.
“Dalam hidup saya tak pernah ada penyesalan. Sebab ini adalah proses kehidupan. Cumanya apa yang boleh saya cakap setiap hari, saya impikan kehidupan yang baik, untuk jiwa yang baik.
“Dulu saya amat pentingkan jiwa orang, hati orang. Saya lupa diri saya. Now saya akan buat apa yang saya rasa terfikir nak buat. Dan baik buruknya, insya-Allah saya sendiri akan tanggung.
“Dan inilah saya, jika anda boleh menerima saya, alhamdulillah jika tak boleh terima saya, saya tak boleh buat apa,” katanya lagi ketika ditemui pada program Pameran Semarak Uniti Keluarga Malaysia @ MAHA 2022.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Elyana memuat naik gambar tidak bertudung di Instagram.
Elyana bagaimanapun tidak menjelaskan mengapakah dia membuka tudung, selain menutup ruangan komen di platform berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Bad Indigo menolak dakwaan netizen yang mendakwa bekas isterinya yang juga penyanyi Ashira wajar dipersalahkan atas perpisahan yang berlaku, baru-baru ini.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, bagaimanapun tidak beekongsi lanjut mengenai punca sebenar mereka membawa haluan masing-masing.
“Dia (Ashira) selalu ingin menolong masuk ke bilik air misalnya atau pergi hospital, tetapi saya yang tidak mahu. Saya mahu buat semua benda sendiri.
“Sebab sekiranya ditakdirkan perlu hidup sendirian, saya sudah biasa berdikari.
“Netizen biasalah, mereka akan membuat spekulasi kerana pengakhiran cerita kami tergantung… mungkin mereka mahukan jalan cerita yang berakhir dengan kontroversi,” katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya, Bad baru sahaja selamat menjalani pembedahan memotong jari kakinya akibat luka penyakit diabetes pada 23 Mac lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kongsinya, selagi ada kudrat dia mahu menjalani kehidupan tanpa perlu bergantung kepada sesiapa.
“Saya kena kuatkan diri saya sebab itu saya tinggal berseorangan. Saya bukan tidak mahu terima bantuan, kalau ada saya terima. Tetapi kalau boleh buat sendiri, saya buat sendiri.
“Misalnya jika pergi ke hospital, saya akan naik Grab, tetapi kalau perlu tukar balutan, saya memandu sendiri,” katanya lagi.
Untuk rekod, Bad dan Ashira bercerai secara baik pada 23 Jun lalu. Pendedahan tersebut didedahkan mereka melalui sebuah perkongsian video yang dimuat naik di Instagram masing-masing.
Bad dan Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bad Indigo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.