Nama aktor popular Indonesia, Randy Pangalila sememangnya bukan sesuatu yang asing di negara ini kerana pernah membintangi beberapa drama bersiri di Malaysia
Bakal membintangi filem terbaru, Perjalanan Pertama, aktor berkenaan mengakui rindu untuk kembali berlakon di Malaysia.
“Sejujurnya saya cukup merindui untuk berlakon di Malaysia, malah sudah ada perbincangan untuk menghasilkan beberapa projek di sana (Malaysia) seperti Gantung The Series musim kedua.
“Cuma, semuanya terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Dalam keadaan yang semakin pulih ini, saya harap apa yang tergendala akan dapat diteruskan,” ujarnya.
Menurut Randy, berpeluang dapat berlakon di Malaysia juga adalah satu pengalaman yang menyeronokkan, sehingga melonjakkan namanya dalam kalangan peminat di sini.
Ads
Selain Gantung The Series, antara drama Malaysia lain yang dia turut terlibat adalah seperti Dalam Hati Ada Taman (2012), Benci vs Cinta (2013) dan Urusan Hati Cik Drama Queen (2017).
Dalam pada itu, mengenai pembabitannya dalam filem Perjalanan Pertama, Randy memberitahu ia adalah satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon hebat Malaysia seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Ads
Katanya lagi, biarpun peranannya dalam filem berkenaan tidak besar, tetapi dia tertarik menerima tawaran yang diberikan kerana mesej yang disampaikan menerusi filem arahan Arief Malinmudo itu.
“Sebaik membaca skrip filem ini, saya lantas tertarik dengan mesej kekeluargaan yang disampaikan, berkisar tentang hubungan antara datuk dan cucu yang jarang dipertontonkan.
“Soal filem ini berbajet besar atau tidak, watak kecil atau sebaliknya… apa yang lebih penting mesej dalam penceritaannya itu,” ujarnya yang memegang watak sebagai Mukhtar.
Ads
Selain Randy dan Ahmad Tamimi, filem Perjalanan Pertama turut dibintangi beberapa pelakon lain seperti Muzakki Ramdhan, Adinda Thomas dan Gilang Dirga.
Diterbitkan menerusi usahasama syarikat D’Ayu Pictures (Malaysia) dan Mahakarya Pictures (Indonesia), ia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 18 Ogos ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Randy Pangalila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datuk Adi Putra menyatakan pendirian tegasnya buat sesiapa sahaja masih mengecam tanpa usul periksa terhadap usaha amal pendakwah bebas,Ebit Lew.
Menurut Adi Putra, dia tidak akan teragak-agak untuk ke ‘depan’.
“Siapa sahaja yang menghentam Ustaz Ebit Lew tanpa usul periksa, saya tak teragak untuk ’KEDEPAN’.
“Biar menunjuk yang ada niat dari dihentam pada yang lemah.
“Jangan hanya berani bercakap mahupun yang komen kalau tak gentle. Harap maklum #taatpadayangsatu ,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Adi Putra menerusi laman Instagram miliknya.
Entri tersebut kemudiannya tular selepas meraih lebih 60,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Melihat di ruangan tersebut pula, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap respon yang diberikan aktor terbabit.
Terhadulu, Ebit menerusi laman Facebook ada membuat permohonan maaf jika niatnya untuk membantu golongan susah itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Sumber: Instagram Adi Putra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa berkongsi mengenai perkembangan anak pertamanya, Muhammad Bilal yang kini lebih setahun usianya.
Neelofa berkata, dia bersyukur dan beruntung kerana dapat melihat anak membesar di hadapan mata selain menyifatkan perkembangan Bilal sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang seusianya.
“Sebenarnya di usia Bilal sekarang, terlalu cepat membesar dalam masa minggu ke minggu, dia dah pandai usik kita, dah pandai menyorok, dah boleh pandai main” kata Neelofa, petik Hijabista.
Dalam pada itu, hos program Next To Neelofa ini sempat bercerita mengenai sikap anak lelakinya itu ketika melihat ibu bapanya solat.
“Satu perkara yang saya macam sangat-sangat suka, bila saya dan Haris solat jemaah misalnya, daripada Bilal tak boleh jalan lagi, kita selalu letak dia tepi sejadah.
“Dan sekarang apabila dia sudah boleh bejalan, Bilal takkan lari pergi tempat lain, dia akan stay around kaki ayah dia (yang sedang solat).
“Lain orang lain caranya cuma bagi saya its a good thing untuk anak-anak berada dalam suasana solat jemaah itu.
“Sebab everytime ajak solat, sekali dia mungkin akan excited untuk solat sekali” katanya lagi.
Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz pada selamat pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Neelofa juga kini sedang menghitung hari bersalin anak keduanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Anna Jobling kerana telah diumumkan tercalon sebagai Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 yang...