
Walau apa yang berlaku, sambutan Aidilfitri harus disambut bersama keluarga, walaupun sudah mati.
Filem pendek, Kuih Bangkit lakonan Juara Anak Wayang, Hairi Safwan ini mendapat tontonan hampir 500,000 kali dengan 12,000 perkongsian di laman Facebook.
Disifatkan sebagai iklan raya paling seram, nyata jalan cerita yang cukup unik dan menakutkan.
Malah, dalam sisi berbeza, ia seakan memberi satu dimensi berbeza terhadap sambutan Aidilfitri di negara ini.
Lari daripada klise, netizen menerusi ruang komen meminta agar filem pendek ini digarap menjadi sebuah filem, atas faktor keunikannya itu.
Namun ada juga yang menyelar idea luar kotak ini dan menyifatkan ini bukanlah jenis perayaan yang harus ditonjolkan kepada penonton.
Bahkan ada yang beranggapan ia hanya akan memberi gambaran buruk kepada masyarakat luar.
Walau apapun, Kuih Bangkit merupakan satu karya yang punya nilai tersendiri dan cukup segar, bergantung kepada pandangan masing-masing.
Foto : Instagram Hairi Safwan, Facebook Marhaen TV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nafiez Zaidi Risik Fify Azmi; “Kalau Boleh Kami Enggan Bertunang, Nak Nikah Terus.”

Menjalin hubungan serius sejak hujung tahun 2021, pelakon Nafiez Zaidi mengakui dia sudah pun merisik kekasih hati, Fify Azmi pada 4 Jun lalu.
Majlis merisik di antara kedua belah keluarga itu dilangsungkan secara sederhana di kediaman keluarga Fify di Subang Jaya, Selangor.
Nafiez atau nama sebenarnya, Abdul Nafis Abduzaidi berkata, dia tidak mahu membuang masa bercinta, sebaliknya merancang untuk menyunting rakan artisnya itu sebagai suri hati menjelang hujung tahun ini.
“Kalau boleh saya dan Fify enggan bertunang, nak nikah terus. Jadi majlis merisik ini sebagai ‘mukadimah’ untuk fasa seterusnya. Semoga segala-galanya dipermudahkan.
“Lagipun kami masing-masing akan sibuk dengan kerja seni, jadi itulah yang pilih tarikh semalam bawa keluarga kenal mesra.
“Kalau sudah bawa keluar berjumpa ini, ia juga isyarat saya tak mahu main-main dalam hubungan ini. Saya serius mahu memperisterikannya,” katanya.
Menerusi majlis berkenaan, Nafiez menyerahkan gelang tangan dan rantai yang diserahkan dalam kotak hitam sebagai simbolik ikatan.
“Cuma selepas ini, bila masing-masing sudah sibuk berlakon, kami sepakat tak mahu ‘show off’ keterlaluan sangat mengenai hubungan ini.
“Menjelang hari bahagia, harap segala-gala yang dirancang menjadi. Apa saja kemungkinan boleh terjadi, namun saya dan Fify tawakal dan akan cuba sehabis baik menjaga ikatan hubungan ini,” katanya lagi.
Nafiez turut memuat naik beberapa foto menerusi Insta Stories.
Imbas kembali, pasangan selebriti ini mulai rapat sejak penggambaran filem Ada Hantu 2, Disember tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Nafiez bakal menjalani penggambaran filem aksi, Bakara arahan Adrian Teh yang turut dibintangi Hairul Azreen dan Iedil Putra.
Bakal mendukug watak sebagai Lans Koperal Nik Zainal, filem tersebut juga dijangka akan menjalani penggambaran di Turki, Istanbul.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dulu Pun Takut Nak Buat Perkara Macam Tu,” – Oktovia Manrose Risau Drama Tempatan Semakin ‘Daring’, Suami Tetap Beri Kepercayaan 100%

Pelakon, Oktovia Manrose mengakui agak risau dengan trend drama tempatan masa kini yang disifatkan agak ‘daring’ sehingga tidak mempedulikan norma-norma serta budaya masyarakat Melayu dan agama Islam.
Menurut pemilik nama lengkap Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman ini, sewaktu mula-mula berkecimpung di dalam dunia industri lakonan, dia akan berfikir panjang terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk melakonkan sesuatu adegan.
Katanya lagi, faktor peredaran zaman mungkin menjadi penyumbang utama kepada isu ini.
“Faktor-faktor seperti itulah saya menjauhkan diri daripada industri ketika ini. Memang sesetengah babak itu adalah tuntutan daripada produksi tetapi kita juga ada pilihan untuk menjaga batas.
“Kita boleh je sebenarnya berbincang dengan pengarah. Sapa pun pernah request pada pengarah untuk tidak melakonkan babak-babak yang saya tak selesa dan mereka okay sahaja. Tapi kadang-kadang ada pelakon yang sendiri nak tambah-tambah adegan tu.
“Saya dulu pun takut nak buat perkara-perkara macam tu tapi dunia sekarang sangat-sangat berbeza. Sekarang ini ramai pelakon yang agak daring. Mungkin sebab pengaruh sekeliling atau budaya barat.
“Bagi mereka macam bukan satu masalah tapi ia sebenarnya merupakan masalah yang sangat besar,” katanya kepada MH.
Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata ini ditemui pada Pelancaran Kempen Ramadan Syawal 1443H dan Aplikasi Terbaharu TV Alhijrah, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Melihat pada situasi semasa, suami kepada Oktovia, Mohamad Khairul Efsan Md Isa mendedahkan dirinya tidak meletak sebarang syarat khusus.
Sebaliknya, dia percaya dengan segala keputusan yang dibuat oleh Oktovia
“Bagi saya mudah sahaja, selagi perkara itu tidak bercanggah dengan agama dan maruah seorang perempuan, saya tidak menghalang kerana itu sudah menjadi kerjaya dia.
“Tapi saya tahu isteri saya ini memang bijak memilih dan pandai buat keputusan. Sebelum bagitahu pun, saya tahu dia akan tapis dahulu setiap tawaran yang diterima. Saya memang percaya dengan segala keputusan isteri saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Oktovia turut mendedahkan dirinya kini sememangnya agak selektif dalam soal pemilihan watak lebih-lebih lagi selepas memutuskan untuk berhijrah dan mengenakan hijab.
“Saya memang ada terima beberapa tawaran tapi disebabkan penampilan saya yang kini sudah berhijab, saya tak boleh nak bertindak sesuka hati seperti dahulu.
“Dulu cerita-cerita yang saya lakonkan memang agak ‘daring’. Takkanlah dengan imej berhijab ni saya masih lagi nak berkelakuan seperti itu. Saya akui memang agak susah kerana saya perlu memilih setiap watak yang ditawarkan,” kongsi lagi.
Sekadar informasi, Oktovia dan Efsan baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Disember lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Oktovia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Dengan Sekali Lafaz Abam Score,”- Dahulukan Yang Wajib, Fendy Bakry Selamat Bernikah

Semalam pelakon, Fendy Bakry ada memuat naik sebuah posting menerusi akaun Instagram memaklumkan bahawa dirinya telah selemat bernikah dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Ayu.
Menurut Fendy, majlis yang dilangsungkan itu hanyalah secara kecil-kecilan sahaja manakala majlis resepsi pula akan diumumkan kelak.
View this post on InstagramA post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on
“Bismillah. Alhamdulillah dengan sekali lafaz abam score weh!
“Terima kasih buat adik beradik semua yang datang ke majlis kecil kami. InshaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak.
“Untuk masa sekarang abam mewajibkan yang mana perlu di dahulukan,” tulisnya.
Tambah pelakon yang popular menerusi drama Mr. Grey ini lagi, meski majlis ini berlansung secara tiba-tiba, Fendy menjelaskan bahawa dia tetap akan menjemput rakan media dan selebriti yang lain pada majlis resepsinya nanti.
“Jangan risau akan abang jemput semua media dan kawan-kawan yang selalu support abang takkan ada rsvp okay heeee
“Gambar lain, nanti la abam update. Malam nie kena rest awal.
“Tak elok kena embun,” selorohnya.
Menurut laporan Harian Metro, Fendy memaklumkan bahawa majlis resepsinya itu tidak akan berlansung dalam masa terdekat kerana faham mengenai situasi yang melanda negara ketika ini.
“Alhamdulillah, terima kasih atas ucapannya. Majlis berlangsung semalam. Insya Allah untuk majlis resepsi saya akan jemput rakan media.
“Tapi majlis bukan dalam masa terdekat sebab masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya seperti yang dipetik.
Sumber: Instagram Fendy Bakry & Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI