Categories: Uncategorized

‘Happy macam monyet dah’ – Elfira Loy

Share

Terkesan dengan apa yang menimpa teman rapatnya, Elfira turut memberi respon terhadap kes ini di akaun twitternya.

“Senang zaman sekarang kalau nak dapat follower ramai buat cerita bagi viral sikit happy macam monyet dah.”

Selepas beberapa jam, Elfira juga telah memuat naik status berbunyi

“Di Bulan Ramadhan ini, saya hanya mampu mendoakan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa umatnya yang mengfitnah, mengutuk & mengeji. Amin”

Terlalu kecewa dengan sikap segelintir individu yang tidak bertanggung jawab, pemilik jenama Twinkel by Elfira ini mengatakan di zaman netizen sanggup buat sesuatu cerita viral hanya semata-mata untuk menambah bilangan followers.

Malah Elfira juga memerli tindakan yang tidak patut dijadikan contoh itu dengan satu perkataan yang sangat pedas dan agak menusuk kalbu.

Para netizen juga mula mempersoalkan apakah tujuan lelaki tersebut sebenarnya dan adakah ini sebahagian daripada cara mereka ingin menambah followers. Malah ada yang mempertikaikan tindakan lelaki tersebut menyamar sebagai isterinya.

Elfira dan Sufian teman tapi mesra yang dikatakan sedang hangat bercinta ini sangat selesa dan sesuai bersama.

Terdahulu Sufian pernah membuat kejutan di harijadi Elfira dengan menghantar 23 batang bunga ros dan mendapat perhatian ramai dan menjangkakan sesuatu yang berlaku antara mereka.

Lebih menguatkan spekulasi ini apabila Elfira juga tidak mengaku kalah dengan membuat kejutan hari jadi Sufian dan membawanya menaiki helikopter sebagai hadiah istimewa.

SUMBER : Astro Gempak

IKLAN