Categories: Uncategorized

“Happy Birthday Sayang, I Love You,”- Dini Azan Schatzmann Titip Ucapan Buat Kekasih, Janna Nick

Share

Demi kekasih tercinta, pelakon kacukan, Dini Azan Schatzmann membuat kejutan kepada Janna Nick sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25 tahun semalam.

Malah, Dini turut merakam video untuk mengabadikan momen indah di Instagram miliknya.

“Hai sayang, happy birthday.I love you so much. Sekarang I dalam perjalanan untuk membuat kejutan kepada you.

“Saya perlu ke sana segera untuk set up,kemudian I ambil you.

“Harap you suka dengan kejutan nanti. Jumpa nanti. Bye,” katanya.

Menerusi video berdurasi tiga minit, pengacara Melodi itu terharu dan mengalirkan air mata apabila tiba di lokasi tersebut yang dihiasi dengan belon.

Malah, Dini turut menghadiahkan seutas bag tangan berwarna putih buat kekasihnya itu.

Terdahulu, pasangan kekasih ini mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019.

Video: Instagram Dini Azan Schatzmann, Janna Nick

IKLAN