Uncategorized

Hanya Sekali Lafaz, Tauke Jambu Bergelar Suami Kali Keempat

Share

Alhamdulillah tahniah MH ucapkan buat pelawak popular, Tauke Jambu yang telah selamat bernikah kira-kira jam 11.55 pagi tadi hanya dengan sekali lafaz.

Selepas lima tahun menduda, kini Tauke bergelar suami kembali kepada wanita pilihan hatinya, Nadia Mohd Affendi.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah Masjid Al’Itisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib dengan berwakil walikan bapa pengantin perempuan sendiri, Mohd Affendi Mohd.

Tauke telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM30,000.

Pelawak ini juga memberi lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Sungguh sepadan MH melihatkan pasangan pengantin baru ini yang mengenakan persalinan serba putih di majlis nikah mereka.

Terdahulu, pasangan ini sudah mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

Untuk pengetahuan ramai, ini merupakan pernikahan kali keempat buat tauke dan hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu dia sudah mempunyai enam orang cahaya mata.

MH doakan agar masjid yang terbina kali ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH SWT dan pasangan ini juga kekal bahagia hingga ke jannah.

Sumber: Sinar Harian

Sumber gambar: Instagram Tauke Jambu

IKLAN