Uncategorized

Hanya Kerana Muat Naik Gambar Bersama Syed Saddiq, Anak Tiri Siti Nurhaliza Terima Ugutan!

Share

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini di mana ianya berkaitan dengan kebebasan rakyat untuk bersuara disekat semasa di bawah pemerintahan pemimpin terdahulu.

Ramai selebriti yang MH dapati meluahkan rasa syukur kerana akhirnya mereka dapat bersuara tanpa rasa takut periuk nasi mereka disekat seperti sebelum ini.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda Bersatu yang juga ahli Parlimen baharu Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik satu perkongsian berkaitan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkenaan dirinya terpaksa memberi sokongan kepada pemimpin sebelum ini dan Syed Saddiq meminta untuk semua rakyat tidak melabel Tony Fernandes sebagai pengkhianat.

Kesimpulan terhadap cerita yang dikongsi oleh Syed Saddiq ini adalah dia menyatakan bahawa selepas ini di era pemerintahan baru, rakyat tidak perlu lagi takut untuk bersuara atau mengkritik kerajaan kerana setiap mereka yang memberi kritikan tidak akan menjadi mangsa penganiayaan.

Nampaknya posting daripada Syed Saddiq tentang kisah Tony Fernandes ini mendapat perhatian ramai dan salah seorangnya adalah anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Asyraf telah meninggalkan komen pada posting Ketua Pemuda Bersatu ini dengan mengucapkan terima kasih kerana bersikap terbuka untuk mendengar suara rakyat.

Dalam pada itu, Asyraf juga turut mendedahkan bahawa dirinya pernah diugut hanya kerana dia memuat naik gambar bersama Syed Saddiq di media sosial.

Katanya lagi, dia diberi amaran untuk tidak menunjukkan sokongan secara terbuka kepada Syed Saddiq kerana jika tidak sesuatu yang buruk akan berlaku.

Sumber: Instagram Syed Saddiq

IKLAN