Gara-gara membiarkan dan merakam video anak bermain di tepi pokok krismas, Aeril Zafrel menerima pelbagai kecaman dari netizen.

Walaupun tiada apa-apa tanda Aeril menyambut perayaan Natal dan kami yakin pokok itu bukanlah berada di rumahnya namun ramai netizen yang telah salah anggap dengan video tersebut.

Dia nyanyi apa ni?? Satu apa aku tak paham ???

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Melalui akaun Instagramnya, Aeril memohon maaf sekirannya ada pihak yang tersinggung dengan perkongsiannya ini.

Namun Aeril sempat menjelaskan pokok itu sebenarnya bukanlah miliknya apatah lagi berada di dalam rumahnya.

IKLAN

Tidak mahu disalah ertikan, Aeril menjelaskan pokok itu sebenarnya milik sebuah hotel yang didudukinya sekeluarga.

Malah Aeril tidak sangka pula tindakannya berkongsi gambar di sebelah pokok krismas itu boleh dikatakan terpesong dari agama dan sebagainya.

Aeril turut sempat berkongsi beberapa gambar bukti komen dari netizen yang menuduhnya dengan tuduhan yang bukan-bukan tanpa usul periksa.

IKLAN

Antara yang paling MH tak boleh hadam apabila individu tersebut mempersoalkan tentang agama Aeril.

IKLAN

Malah lebih teruk ada juga yang memerlinya tentang akidah anak yang tidak terjaga. Aduhhh tepuk dahi kami dibuatnya!

Bagi MH kami paham, Aeril sebenarnya langsung tidak bermaksud untuk menunjukan apa-apa maksud tentang perayaan tersebut, sebaliknya dia hanya ingin berkongsi tentang keceriaan anaknya sahaja.

Aduhh.. janganlah main serkap jarang. Memang benar kita sebagai Umat Islam tidak dibenarkan untuk menyambut perayaan itu. Tetapi tidak semestinya bila kanak-kanak bawah empat tahun terkesima dan teruja melihat dekorasi cantik di hotel orang ramai boleh terus jatuhkan hukuman lebih lagi apabila menyentuh soal agama.

Buat Aeril kami harap Aeril bersabar dan abaikan sahaja kata-kata yang tidak berfaedah itu. Apa yang penting Aeril sentiasa bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI