Akhirnya pertanyaan ramai mengenai krisis yang berlaku antara Datuk Hans Isaac dengan tunangnya Gabrielle Robinson terjawab apabila aktor itu membuat keputusan membatalkan perkahwinan mereka.

Terdahulu, Hans telah mengambil keputusan untuk mengahwini tunangnya yang merupakan seorang model pada 29 Julai lalu dan ditunda kepada tarikh yang tidak dimaklumkan.

Hans Isaac Batalkan Perkahwinan

IKLAN

Hans berkata keputusan yang dibuatnya ini setelah berfikir panjang selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 28 Februari lalu.

 

“Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 28 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

 

“Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut,”.

 

“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi memahami dan menyokong saya selama ini.” katanya.

Bagaimanapun aktor kacak itu turut memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini ini berlaku terutama pada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan mendoakan terbaik buatnya.

Dalam pada itu, menerusi entri terbaru di Instagram miliknya dilihat dia memuat naik status Bahasa Inggeris iaitu Never Doubt Your Instinct bersama kapsyen A leopard will never change HER spots ! Time to move on.Ia bermakna seseorang itu tidak akan berubah.

IKLAN

A leopard will never change HER spots ! Time to move on .

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

IKLAN

Namun, status itu tidak pasti ditujukan kepada siapa. Disebabkan itu, pengikutnya telah mendakwa ia seolah-olah menggambarkan mengenai status hubungannya itu.

Hans juga pada awalnya telah menolak menolak khabar angin pertunangannya dengan Gabrielle sudah berakhir selepas kedua-dua mereka memadam foto bersama di laman sosial.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI