Uncategorized

‘Hanis Memang Bagus dan Well Prepared’ Netizen Puji Hanis Zalikha Jadi Host MeleTOP Malam Tadi

Share

Wah, nampaknya ramai peminat terubat rindu bila melihat Hanis Zalikha muncul di kaca televisyen bagi menjayakan program MeleTOP.

Setelah sekian lama Hanis menyepikan diri dalam dunia pengacaraan sejak kelahiran Yusuf Iskandar, akhirnya malam tadi Hanis telah merealisasikan impian peminatnya untuk muncul kembali dalam industri seni.

Rata-rata memuji Hanis dan beranggapan Hanis merupakan seorang pengacara yang bagus dan well prepared.

Jangan kata peminat, suami tercintanya sendiri pun turut teruja dan gembira atas keputusan Hanis yang berani menyahut cabaran untuk mengantikan Neelofa yang kini sedang sibu bercuti di Dubai.

Bagaimanapun, Hanis telah berkongsi rasa gembira kerana selesai menghabiskan tugasannya dan memberitahu langsung tidak menyangka akan mengantikan Neelofa seketika. Malah, Hanis meminta maaf pada penonton sekirannya ada melakukan kesilapan sepanjang mengacara.

Apapun MH turut tumpang gembira pada Hanis dan harap selepas ini Hanis akan aktif semula dalam industri.

Nah ini dia beberapa gambar Hanis sepanjang program tersebut berlangsung…

 

 

IKLAN