Penyampai radio Era, Haniff Hamzah dan Ean Nasrun dari Hitz kini sudah menamatkan khidmat di stesen radio masing-masing sebelum tamat kontrak.
Perkara tersebut diumumkan Astro Radio menerusi kenyataan media, hari ini.
Haniff yang juga penyampai ‘Petang ERA’, telah memberikan suasana ceria kepada pendengar dengan penuh karisma dan gaya kemesraan yang tersendiri.
Ads
Sementara Ean, telah menjadi tonggak ‘Kru Pagi HITZ’ selama lebih sedekad sebelum ini, konsisten menghiburkan pendengar dengan penuh semangat.
“Kedua-duanya meneruskan kerjaya radio mereka ke peluang lebih baharu.
Ads
“Walaupun sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, kami tetap mendoakan mereka agar terus berjaya dalam apa jua mereka lakukan.
“Astro Radio berbangga dengan pencapaian mereka kerana sumbangan mereka amat luar biasa dan terus menjadi kenangan terindah dalam keluarga kami,” tulis kenyataan terbabit.
Ads
Astro Radio sebelum ini sinonim dalam melahirkan bakat luar biasa dalam industri penyiaran radio dan pihaknya terus komited untuk bawa hiburan terbaik kepada pendengar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bahang kemeriahan Karnival UDA 2024 bakal digegarkan melalui penglibatan Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik Pemangkin Acara.
Kerjasama terbaharu ini dijangka akan memeriahkan dan merancakkan lagi program tahunan ini.
UDA Holdings Berhad, yang memegang mandat daripada Kementerian Usahawan dan
Koperasi (KUSKOP) untuk memperkasakan golongan usahawan mikro, kecil, dan
sederhana (PMKS), juga selari dengan misi Mari SeeNI.
Ini menjadikan pelancaran Mari SeeNI di Karnival UDA 2024 satu pengaktifan jenama yang sangat tepat pada masanya.
Mari seeNI adalah manifestasi ilham yang melambangkan setiap jenama di bawah payung syarikat media terkemuka, Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Ideaktiv) dan Mari seeNI direka dengan teliti untuk memastikan setiap aktiviti mencerminkan identiti jenama tertentu serta memberikan pengalaman yang mendalam kepada setiap sasaran audiens.
Sementara itu, Karnival UDA kali ini merupakan tahun ketiga penganjurannya, membawa semangat dan aspirasi tinggi memperkasakan pemilikan hartanah serta pembabitan usahawan Bumiputera dalam landskap ekonomi bandar.
Di bawah naungan UDA, karnival ini bukan sekadar acara, tetapi simbol keteguhan usaha dan komitmen memperkukuh ekonomi Bumiputera.
Sebagai tanda penghargaan buat Karnival UDA, Mari seeNI akan memberikan
kemeriahan yang berganda melalui rangkaian aktiviti eksklusif yang direka mengikut zon yang bertema, selaras dengan zon yang tersedia di Karnival UDA 2024.
Karnival UDA 2024 yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu turut menampilkan kelainan dan konsep Baharu iaitu lima zon khas untuk seisi keluarga merangkumi Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin dan Pa & Ma.
Mari seeNI akan menghidupkan zon-zon di Karnival UDA 2024 dengan penyertaan
jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival bermula di Tapak Parkir Gravitas, Pulau Pinang pada 26 hingga 28 Julai ini, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor (27 – 29 September), Angsana Johor Bahru Mall, Johor (11 – 13 Oktober) dan Tapak Projek Neu Pendington, Kuching, Sarawak (25 – 27 Oktober).
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keistimewaan Mari seeNI buat pertama kalinya di Karnival UDA 2024.
Rasai kehangatannya dengan menjadikan ia sebahagian daripada pengalaman yang penuh dengan nilai kebersamaan dan tidak dapat dilupakan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular era 90an, Esta Terblanche, 51, telah ditemui meninggal dunia di dalam bilik air rumahnya pada Khamis lalu.
Mayat figura yang terkenal dengan drama bersiri All My Children itu dijumpai oleh pembantunya. Berita kematiannya pula dikongsikan oleh anak angkatnya, Barbie Ashley.
Sebelum itu, pelakon yang berasal dari Afrika Selatan tersebut tidak dapat dihubungi sejurus pulang dari percutiannya dan dipercayai dia telah meninggal dunia sehari sebelum dijumpai.
Ketika kematiannya, beberapa haiwan peliharaan turut ada di rumahnya yang terdiri daripada tiga ekor kucing, dua ekor anjing dan seekor tupai tanah.
Kesemua haiwan peliharaannya telah pun diselamatkan oleh Pusat Kawalan Haiwan L.A County.
Kerjaya bekas ratu cantik ini bermula selepas dia memenangi Miss Teen South Africa pada tahun 1991 sebelum menceburi dunia lakonan dan kemudiannya mencipta nama di Amerika Syarikat.
Dia menyepi dari dunia lakonan bermula 2013 dan menumpukan kepada perniagaan spa yang terletak di Los Angeles.
Sedikit info mengenai kehidupan peribadinya, Esta berkahwin dengan Andre Kock pada 1997 namun hanya bertahan selama 11 tahun sebelum bercerai pada 2008.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena sambutan ulang tahun yang ke-14, stesen TV Alhijrah memilih untuk meraikan hari bersejarah itu dengan menyantuni golongan kurang bernasib baik.
Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV Alhijrah Saifulizan Sidek berkata, inisiatif program ‘Hijrah Prihatin Kisah Mereka’ itu cuba lari daripada kebiasaan sambutannya.
“Majlis hari ini kita adakan bersempena ulang tahun TV Alhijrah yang ke-14. Kita cuba untuk lari daripada sambutan normal yang biasa kita buat sebelum ini.
“Walaupun TV Alhijrah telah melangkah ke satu tahap yang baharu, kami tetap mahu berkongsi program-program yang jarang kita tunjukkan di kaca televisyen.
“Program Hijrah Perihatin ini sangat signifikan buat kami. Ramai ingat kami ini hanya aktif di tv sahaja tak tidak turun ke lapangan untuk berinteraksi langsung dengan penonton.
“Jadi, kami jadikan program ini sebagai medium untuk TV Alhijrah menyantuni penonton-penonton kita yang kurang bernasib baik. Sejak lapan tahun penubuhan Hijrah Perihatin, kita telah menyantuni hampir 40,000 orang,” katanya kepada MH.
Sambutan ulang tahun TV Alhijrah dan program Hijrah Perihatin telah berlangsung dengan jayanya di Muhibbah Seafood Restaurant, Kampung Sungai Penchala, baru-baru ini.
Katanya lagi, pihak TV Alhijrah akan sentiasa berusaha menggunakan platform yang tersedia bagi menarik mingat golongan korporat untuk turut sama terlibat di dalam usaha murni ini.
“Misi kami adalah untuk pastikan golongan miskin ini tidak berasa ketinggalan. Kami nak tunjukkan kepada mereka bahawa ada orang yang ingin bersama-sama mereka untuk menempuh ujian dan dugaan.
“Kemiskinan ini ada di mana-mana sahaja. Kami akui yang kami tak mampu pergi ke semua tempat. Jadi, inisiatif kami adalah
untuk paparkan program seperti ini di TV Alhijrah dalam bentuk kapsul atau berita.
“Kami bukan nak menunjuk namun kita nak galakkan golongan-golongan korporat untuk sama-sama menyumbang. Jadi, diharapkan inisiatif kecil ini dapat beri impak kepada masyarakat,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Saifulizan berkata, sepanjang lapan tahun Hijrah Prihatin turun ke lapangan, pihaknya sudah menjelajah ke beberapa lokasi yang kurang mendapat tumpuan seperti pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman.
Antara pulau itu seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.
“Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Seperti kita tahu, kos kehidupan di pulau tiga kali ganda lebih tinggi dari tanah besar.
“Jadi, kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan. Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” kongsinya lagi.
Terdahulu, pada majlis sambutan ulang tahun itu, sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah, Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah dan Kelab Met Harian Metro.
Bakul makanan tersebut merangkumi makanan keperluan asas seperi minyak masak, beras, telur dan macam-macam lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...