Instafamous, Beby Tora Tora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie berkongsi foto ‘throwback’ majlis graduasi, pertengahan tahun lalu.

Katanya, dia terkenang saat dia pernah rasa tidak berminat untuk sambung pengajian. Namun, berkat nasihat ahli keluarganya, dia berjaya menjadi seorang bakal guru.

“Rupa dh laa takda lpastu mlas nak smbung blajaaq ..hg ingat dngn femes hg tu ,orng boleh pndang hg tinggi ka.

“Dlu mmg tamau pun smbung bljaq .smpai la arwah tokwan dn mama ckap *hang la harapan kami untuk banggakan kluarga kita * truih aku ikutkan impian depa untuk smbung bljaq.

IKLAN

“Wlaupun mcm2 aku kena tempuh ..nak smbung bljq pun pinjam duit kat orng merata tau hampa ..rSa happy sngat. nasib baik la dlu ikut ckap tokwan dngn mama .Klau dak mesti smpai skrng menyesai,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia juga turut memberi nasihat kepada netizen khususnya para instafamous lain supaya tidak mengabaikan pelajaran walaupun sudah popular.

“ilmu tu penting…hampa hat famous tu,jangn dok kata ilmu dn smbung bljaq tu tak penting ..aku katok pala hampa stgy hahahaha.

IKLAN

“Aku rindu nak naik pentas. Insyallah satu hari nnti moment tu akan kembali,” tulisnya lagi.

IKLAN

Pada MH, betul apa yang dikatakannya itu, dalam pada mengejar populariti janganlah sampai diabaikan soal pelajaran.

Pada masa sama, seronok juga tengok ramai artis kita naik pentas terima skrol tamat pengajian, membuktikan bahawa artis-artis kita takdalah kejar ‘glamour’ semata-mata kan?

Foto/Instagram: Beby Tora Tora

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI