Kalau sudah namanya rezeki… Itulah situasi yang boleh digambarkan apabila usahawan yang juga jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terharu selepas menerima hadiah mewah daripada suaminya, pada Isnin.
Kejutan tersebut dibuat bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47 di The St Regis, Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 200 tetamu jemputan.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Haliza menerima sebuah kereta mewah jenis BMW SUV XM Label Red bernilai RM1.6 juta bersama sekalung tasbih emas 916 yang ditempah khas berharga RM30,000.
“Tak.. Saya tak tahu. Terima kasih banyak suami,” katanya ringkas sambil terkejut.
Ads
Majlis serba mewah itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi, Dayang Nurfaizah.
Sementara itu menerusi hantaran di Instagram, Haliza mengharapkan lebih banyak hal yang indah dalam kehidupannya selepas ini.
Ads
“Tetaplah menjadi peribadi yang selalu belajar tidak terbang dengan pujian, tidak tumbang dengan cacian, tetap tenang dalam ujian dan teruslah berusaha dalam diam.
“Satu lagi tahun yang indah telah berlalu. Semoga apa saja yang menanti di tahun hadapan diberikan kemudahan.
Ads
“Saya cintakan diri saya. Saya bangga dengan diri saya,” jelasnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Bersempena sambutan ulang tahun yang ke-14, stesen TV Alhijrah memilih untuk meraikan hari bersejarah itu dengan menyantuni golongan kurang bernasib baik.
Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV Alhijrah Saifulizan Sidek berkata, inisiatif program ‘Hijrah Prihatin Kisah Mereka’ itu cuba lari daripada kebiasaan sambutannya.
“Majlis hari ini kita adakan bersempena ulang tahun TV Alhijrah yang ke-14. Kita cuba untuk lari daripada sambutan normal yang biasa kita buat sebelum ini.
“Walaupun TV Alhijrah telah melangkah ke satu tahap yang baharu, kami tetap mahu berkongsi program-program yang jarang kita tunjukkan di kaca televisyen.
“Program Hijrah Perihatin ini sangat signifikan buat kami. Ramai ingat kami ini hanya aktif di tv sahaja tak tidak turun ke lapangan untuk berinteraksi langsung dengan penonton.
“Jadi, kami jadikan program ini sebagai medium untuk TV Alhijrah menyantuni penonton-penonton kita yang kurang bernasib baik. Sejak lapan tahun penubuhan Hijrah Perihatin, kita telah menyantuni hampir 40,000 orang,” katanya kepada MH.
Sambutan ulang tahun TV Alhijrah dan program Hijrah Perihatin telah berlangsung dengan jayanya di Muhibbah Seafood Restaurant, Kampung Sungai Penchala, baru-baru ini.
Katanya lagi, pihak TV Alhijrah akan sentiasa berusaha menggunakan platform yang tersedia bagi menarik mingat golongan korporat untuk turut sama terlibat di dalam usaha murni ini.
“Misi kami adalah untuk pastikan golongan miskin ini tidak berasa ketinggalan. Kami nak tunjukkan kepada mereka bahawa ada orang yang ingin bersama-sama mereka untuk menempuh ujian dan dugaan.
“Kemiskinan ini ada di mana-mana sahaja. Kami akui yang kami tak mampu pergi ke semua tempat. Jadi, inisiatif kami adalah
untuk paparkan program seperti ini di TV Alhijrah dalam bentuk kapsul atau berita.
“Kami bukan nak menunjuk namun kita nak galakkan golongan-golongan korporat untuk sama-sama menyumbang. Jadi, diharapkan inisiatif kecil ini dapat beri impak kepada masyarakat,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Saifulizan berkata, sepanjang lapan tahun Hijrah Prihatin turun ke lapangan, pihaknya sudah menjelajah ke beberapa lokasi yang kurang mendapat tumpuan seperti pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman.
Antara pulau itu seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.
“Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Seperti kita tahu, kos kehidupan di pulau tiga kali ganda lebih tinggi dari tanah besar.
“Jadi, kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan. Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” kongsinya lagi.
Terdahulu, pada majlis sambutan ulang tahun itu, sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah, Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah dan Kelab Met Harian Metro.
Bakul makanan tersebut merangkumi makanan keperluan asas seperi minyak masak, beras, telur dan macam-macam lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengejutkan ramai pihak saat berkongsi video latihan pergerakkan akrobatik untuk persembahan di program The Hardest Singing Show (THSS) pada minggu lalu.
Menurut Ayda, dia ada membuat kesilapan sewaktu mendarat sehingga memberikan kesan pada bahagian perutnya yang kini masih dalam proses pemulihan selepas bersalin secara pembedahan pada Disember lalu.
“Percubaan pertama mendarat ke depan. Berdenyut tempat czer. Satu malam tak buat dah.
“Esok cuba lagi. Terbang berpusing dan mendarat ke belakang. Alhamdulillah. Berlatih sampai sempurna,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu pencuri hati itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat pasukannya yang sentiasa komited dan mempercayai kebolehannya.
“Maaf team kalau ada tersiku, tersepak dan terjatuh. Selalu percayakan saya walaupun kadang saya selalu cakap tak boleh buat dan sedih.
“Love you guys so much. Tanpa korang siapalah saya,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Ayda untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu.
“Aku yang ngilu, respek.
“Harap juaralah final nanti.
“Ya Allah dia ni. Seram betul tengok. Semoga dipermudahkan semua stunt.
Pada masa sama, ada juga netizen yang menasihati Ayda supaya lebih berhati-hati agar tidak mendatangkan kemudaratan dikemudian hari.
“Ya Allah, baru bersalin tu. Jaga peranakkan. Risau along tengok. Semoga Allah permudahkan segalanya,” komen pelakon Zarina Zainuddin.
“Awak memang berani dik. Jaga diri dik. Tambah-tambah bahagian czer. Risau terkoyak bahagian dalam,” kata seorang netizen.
“Ayda jangan lasak-lasak sangat,” balas seorang lagi netizen.
Terdahulu, pada persembahan minggu lalu, Ayda membawakan lagu Pawana nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Search.
Malah, Ayda juga telah dinobatkan selaku pemenang Anugerah The Hardest Singing Show Alha Alfa seterusnya membawa pulang wang tunai RM3000 dan melangkah ke minggu separuh akhir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Jennifer Coppen berjanji akan berusaha menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak perempuannya, Kamari Sky Wassink meskipun selepas pemergian suami, Dali Wassink.
Menurut Jennifer, dia akan sentiasa menamani dan berada disetiap perjalanan anaknya itu dari kecil sehingga menginjak dewasa.
“Selamat menginjak usia 11 bulan. Mama sayang awak sangat-sangat. Mama akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi figura ibu dan ayah untuk awak.
“Mama berjanji akan sentiasa ada untuk kamu walau apapun yang berlaku,” tulisnya.
Ucapan penuh makna itu dikongsikan oleh pelakon Habibie & Ainun 3 menerusi hantaran di Instagram Stories bersempena genap 11 bulan usia Kamari.
Sedar akan cabaran yang bakal ditanggung sebagai ibu tunggal, Jennifer menegaskan dirinya tidak akan pernah menyerah untuk memberikan kasih sayang yang sempurna buat puterinya itu.
“Walaupun ia akan menjadi sukar, selagi kita ada antara satu sama lain, segalanya pasti akan okay.
“Tidak mengapa, papa akan tetap menjaga kamu dari syurga,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Jennifer dan mendiang Dali telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2023.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir 28 Ogos tahun lalu.
Imbas kembali, mendiang Dali telah meninggal dunia pada 18 Julai akibat kemalangan jalan raya.
JeUntuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.