Uncategorized

“Hahahaha, Aku Ketawa,” – Reaksi Zara Zya Bila Tersingkir Super Spontan Extravaganza

Share

Pelakon, Zara Zya akur apabila penyertaannya dalam Super Spontan Extravaganza berakhir semalam.

Menerusi laman Instagram, pelakon dan penyanyi berkenaan sempat memberikan reaksi terhadap penyingkirannya.

” Hahahaha, aku ketawa…sebab tersingkir #Superspontanextravaganza.

 

“Thank you Astro dan Visionwork for this opportunity,” tulisnya ringkas.

Sementara itu di ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada rakan artis seperti Siti Elizad dan Achey.

Namun begitu, kata-kata semangat daripada pelakon yang juga teman lelakinya, Hafreez Adam menarik perhatian MH.

Apa-apapun, MH lihat Zara boleh pergi jauh dalam bidang lawak ini. All the best ya!

Foto/Instagram: Zara Zya

IKLAN