Kebelakangan ini, hangat diperkatakan mengenai isu rumah tangga Hafiz dan isteri, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin. Namun, punca sebenar pergolakkan tersebut masih menjadi tanda tanya.

Dalam pada itu juga dilihat Hafiz telah membuang kesemua gambarnya bersama isteri daripada laman sosial Instagram miliknya. Sudah tentu Hafiz mempunyai alasannya yang tersendiri melakukan perkara sedemikian.

Sehubungan itu, kakak kepada Joy, Dyana Sofia juga telah mengeluarkan satu status di Facebook, dipercayai merujuk kepada adik iparnya sendiri.

IKLAN

Hafiz Hamidun Buang Semua Gambar Bersama Isteri Di IG

“Ramai orang cakap salah isteri sebab suke mengaibkan suami.Tapi bila isteri diam, suami pula menjaja cerita buka aib isteri..tu ape cite?Orang anggap dia ustaz lindungan kaabah lah konon, tapi bile orang bijak pandai dengar, mereka boleh menilai si suami tu jenis apa”

 

“Dato palsu dah ramai, sekarang timbul acah-acah ustaz pulak..cakap pandai tapi diri sendiri tak buat. Nak tutup salah sendiri menjaja cerite tentang isteri .. untuk apa? Dapat belas kasihan?? PITY YOU MAN!!!”

Pergolakkan ini juga mula menjadi perhatian sejak dilihat Joy sering memuatnaik kapsyen dan gambar yang seolah-olah sedang bersedih.

IKLAN

Hafiz Hamidun Buang Semua Gambar Bersama Isteri Di IG

IKLAN

“Let it go.. Let it go… Can’t hold it back anymore.. .
Let it go.. Let it go.. You’ll never see me cry..
Here I’ll stand, and here I’ll stay.. Let the storm rage on..”

Pasangan ini diijabkabulkan pada Mei lepas selepas perkenalan singkat dan menyandarkan untuk mengenali hati budi masing-masing selepas bernikah.Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia tiga tahun.

Apa-apa pun, MH doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Sama-sama kita nantikan penjelasan penyanyi Kasih Padamu ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI