Uncategorized

Hafidz Roshdi Kini Bergelar Bapa

Share

Lahirnya seorang puteri sulung dalam keluarga pastinya memberi kebahagiaan dan keceriaan yang tidak terkata buat pelakon lelaki, Hafidz Roshdi dan isterinya.

Semalam isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang merupakan cahaya mata sulung buat mereka.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi akaun Instagram miliknya dengan berkongsi sekeping gambar yang sedang mendakap erat bayi itu.

Di ruangan kapsyen pula Hafidz meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Sang Pencipta atas kelahiran anak sulungnya.

“Alhamdulillah , my new girlfriend is here ??? .

 

“Thank you Allah . #HRJr #AnakAbah #TaatPadaAllah,” tulis kapsyennya.

Perkongsian berita gembira ini telah membuatkan ruangan komen Hafidz dihujani dengan ucapan tahniah buat Hafidz dan isteri.

normurni02: Tahniah abg hafidz and kak shuhada i am always support you hope till jannah.

_shahira.ira: Congrats abg hafidz & kak shue.. Semoga baby menjadi anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapanyaa @hafidz.roshdi @shue.shuhada

zfrna: Semoga anak abang menjadi solehahh dan mendengar kata ibu bapa??

ainaasyrmm_: Alhamdulillah tahniah Abg hafidz roshdi dan isteri . Semoga baby sihat walafiat dan mnjdi ank yg soleh dan berbakti kpd kedua ibu bapa.

Di kesempatan ini, MH Online juga ingin mengucapkan tahniah buat pasangan yang kini sudah bergelar ibu dan bapa ini dan semoga bayi mereka membesar dengan sihat dan mejadi anak yang solehah buat kedua-dua ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Hafidz Roshdi

IKLAN