Categories: Uncategorized

Hael Jelaskan Sebab Ambil Bintang Thailand, Happy Polla Dalam MV Hajat

Share

Trending di kalangan pencinta muzik apabila ramai yang memperkatakan mengenai kemunculan bintang terkenal dari Thailand, Happy Polla dalam muzik video (MV) Hajat oleh Hael Husaini.

Katanya kepada MH, Hael menjelaskan sebab sebenar kehadiran personaliti itu dalam muzik video single terkininya itu.

“Berkaitan Happy Polla, saya bincang dengan pihak pengurusan dan mahukan seseorang ada unsur ‘humor’ dan ada tarikan yang tersendiri.

“Maka disitulah munculnya watak dia dalam MV saya.

“Saya memandang dari sudut profesional dan jika dengan kewujudan Happy Polla boleh menjadi tarikan dalam MV saya, okaylah, ” katanya.

Tambahnya lagi, dia sedar bahawa akan ada orang yang tidak menyenangi perkara itu.

“Memang akan orang tak suka dan pandang negatif perkara ini tapi kadang-kadang apa kita buat pun tak semestinya semua orang suka.

“Malah kalau kita buat perkara kebaikan pun akan ada orang yang kata kita menunjuk.

“Jadi pada saya, benda akan jadi negatif kalau orang pandang ia darj sudut negatif, tapi kalau sebaliknya maka positiflah.

“Makanya, ia terpulang pada orang yang menonton nak pandang dari sudut mana,” katanya lagi.

Setakat ini, MV Hajat sudah mencecah tontontan hampir sejuta kali tontonan. Turut sama muncul menerusi MV berkenaan ialah pelakon Sherry Al-Hadad dan Dottie.

Foto: Instagram Hael Husaini

IKLAN