Uncategorized

Hael Husaini Minta Maaf, Persembahan Duet Di Big Stage Tak Berapa Menyengat!

Share

Awal malam tadi, rakan duet kepada peserta Big Stage, Wani Kayrie iaitu Hael Husaini ada meluah rasa seterusnya meminta maaf kepada Wani atas kegagalannya membawa lagu nyanyian asal Misha Omar, Sampai Bila dengan baik terutamanya di bahagian awal persembahan.

Maklum berkenaan disampaikan penyanyi Hajat itu menerusi Instagram menerusi sekeping video sedutan persembahan mereka berdua.

Hael, dalam kata lain meminta maaf kepada Wani atas beberapa kesalahan teknikal yang tidak dapat dielakkan di awal persembahan.

“First of all saya nak minta maaf @wanikayrie i messed up tonight atas beberapa kesalahan teknikal yang tak dapat dielakan di awal persembahan. I guess today is not my day. Maaf sekali lagi,” tulis Hael.

Pada masa sama, Hael secara optimis turut mengakui dia akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada.

“Saya akan perbaki lagi kelemahan saya. Thank you,” kongsinya.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat penyanyi ini seterusnya meminta Hael untuk tidak jemu memperbaiki kelemahan untuk menjadi penyanyi lebih baik pada masa depan.

Foto: Instagram Astro Gempak

IKLAN