Penyanyi dan penulis lagu, Hael Husaini, akhirnya bakal muncul dengan konsert solo pertamanya, Hael Husaini & Repertoire bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Ogos depan.

Hael menjanjikan konsert ini bukan sekadar persembahan muzik biasa, tetapi sebuah perjalanan seni menyeluruh yang merangkumi muzik, fesyen dan emosi.

Hael Husaini Janji Persembahan Epik, Turut Tampilkan ‘Line -Up’ Best! Dayang Nurfaizah, Nadeera & Alpha

“Saya ingin peminat yang hadir bukan hanya mendengar lagu, tetapi untuk merasai perjalanan saya, menyelami emosi dan menyaksikan sisi kreatif saya yang sebenar.

“Dari muzik, visual, hingga ke fesyen, saya mahu mereka keluar dari Zepp dengan perasaan terinspirasi, puas dan bangga menjadi sebahagian daripada malam itu nanti,” katanya.

Ads

Konsert solo ini sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu, apatah lagi selepas kejayaan Antonim Night Showcase yang diadakan, Mei lalu.

Hael Husaini Janji Persembahan Epik, Turut Tampilkan ‘Line -Up’ Best! Dayang Nurfaizah, Nadeera & Alpha

Para peminat kini tidak sabar untuk menyaksikan Hael menguasai pentas besar dengan persembahan bertenaga melalui lagu-lagu hits seperti Jampi, Haram, Kelentang-Kelentung dan banyak lagi karya ikoniknya

Ads

Sahabat Seni & Kejutan Alpha

Menambahkan lagi keistimewaan malam tersebut, Hael turut menjemput beberapa rakan artis yang menjadi tonggak dalam kerjayanya, termasuk Nabila Razali, Nadeera Zaini, Wani Hasrita dan Dayang Nurfaizah.

“Saya dan Dayang telah melalui pelbagai fasa dalam kerjaya kami. Dia bukan sahaja seorang penyanyi yang saya kagumi, tetapi juga seorang sahabat sejati.

“Manakala, Nadeera pula adalah wajah masa depan muzik Malaysia. Saya sangat teruja untuk berkongsi pentas bersama mereka,” katanya lagi.

Ads

Sebagai satu lagi kejutan istimewa, Hael turut mengundang kumpulan boy band baharu, Alpha, yang kini sedang meningkat naik, untuk membuat penampilan khas dalam konsert tersebut.

Hael Husaini Janji Persembahan Epik, Turut Tampilkan ‘Line -Up’ Best! Dayang Nurfaizah, Nadeera & Alpha

Setakat ini, tiket konsert masih dijual kepada umum dengan pilihan harga mengikut kategori iaitu RM588 (VIP Box), RM258 (Platinum), RM168 (Gold), RM148 (Silver) dan RM120 (Bronze).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads