Pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok menyifatkan dirinya enggan mengambil peduli tanggapan segelintir pihak yang melebelkannya sebagai ‘kaki jilat’.

Kenyataan tersebut dibuat selepas dia memuat naik sebuah gambar di Twitter ketika menghadiri Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Shah Alam kali kedua, pada Ahad.

IKLAN

“Hadir ke musyuarat tahunan Amanah kawasan shah alam kali ke 2 tahun 2018,” tulisnya

Tindakan Wak Doyok itu nyata menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak yang mendakwa turut pernah melihat pelakon tersebut menghadiri Persidangan Agung UMNO (PAU) suatu ketika dahulu.

Hadir Ke Mesyuarat Tahunan AMANAH, Wak Doyok Sekali Lagi Dicop ‘Kaki Jilat’, Enggan Peduli

IKLAN

Namun, Wak Doyok memberi tahu, dia tidak kisah sekiranya orang mahu melebelkannya sebagai ‘lalang’ kerana yang penting baginya adalah kerja.

Hadir Ke Mesyuarat Tahunan AMANAH, Wak Doyok Sekali Lagi Dicop ‘Kaki Jilat’, Enggan Peduli

IKLAN

Bagi MH, setiap individu itu bebas untuk menyokong mana-mana parti politik sekali pun asalkan motif mereka tidak bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia.

Foto: Twitter Wak Doyok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI