Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun tiada lagu lagi yang keluar buat Rahmat.
Menyampaikan lagu Hakikat Sebuah Cinta yang dipopularkan oleh Iklim, persembahan penyanyi legenda ini hanya meraih markah sebanyak 59.50%.
Turut berada dalam kumpulan ‘bottom 3’ ialah Mell Sakura dan Freshies, masing-masing mengumpul 60.75% dan 59.75%.
Dalam pada itu, trio Indonesia Mendua benar-benar ‘mendonia’ minggu ini apabila berada di kedudukan teratas dengan capaian markah sebanyak 74.00%.
Di tempat kedua dan ketiga pula ialah Mark Adam, diikuti Nubhan.
Ads
Berikut ialah kedudukan bintang GV12 untuk minggu ketujuh beserta dengan markah;
Ads
Barisan Peserta & Info Siaran GV12
Minggu hadapan, peserta yang kekal akan membawakan tugasan yang bertemakan Fun Fair Tok Ram.
Sebanyak 13 bintang GV12 terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan oleh Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana), manakala Singapura pula diwakili oleh Iskandar Ismail.
Ads
Menambah seri, SHY8 tampil sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar dalam GV-Verse.
Gegar Vaganza tahun ini masih mengekalkan barisan juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Acara pula dikendalikan oleh gandingan hos Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad sebagai pengacara utama.
GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (104), bermula sejak 2 November lalu untuk tempoh 12 minggu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Teguh memperjuangkan karier dan karya hampir tiga dekad, band Stereoangel dari Sabah akhirnya menunaikan satu lagi cita-cita keramat yang diimpikan sekian lama, iaitu untuk menghasilkan album sendiri.
Dianggotai oleh Mhai, 44, selaku vokalis dan gitar kedua; Nai, 44, (bass); Ding, 38, (gitar utama); Moli, 39, (dram); serta Apis, 37, (keyboard/synth), penghasilan album ibarat menjadi bukti ampuh perjuangan mereka yang tidak sia-sia.
Selepas mencurahkan sepenuh jiwa dan raga, album Abstraksasi dilancarkan secara rasmi pada November lalu, membuktikan jenama Stereoangel melangkah ke satu lagi dimensi.
Album yang mengambil masa sekitar lapan bulan untuk disiapkan itu disuntik keistimewaan tersendiri bertepatan dengan identiti band ini.
Corak karyanya pula lari daripada elemen klise seperti cinta.
Menurut Mhai, album yang memuatkan sembilan lagu itu menakluk capaian isu lebih besar dan sarat mesej penting, dengan intipati yang bertuntas daripada pelbagai kisah kemasyarakatan.
“Konsep muzik Stereoangel adalah berpaksikan rock moden dan mesej lagu-lagu kami jauh lebih besar mengenai isu-isu semasa. Bukan juga semata tertumpu kepada satu isu saja.
“Macam sesetengah band memilih ketengahkan lagu cinta saja kan? Kami pula pelbagaikan genre karya di mana ada terselit lagu raya dan patriotik. Lari sedikit dari lagu yang selalunya berkisar cinta,” katanya.
Lebih bermakna, Abstraksasi terbitan Mesqa Entertainment itu turut mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Mycreative Ventures.
Justeru, besar harapan mereka agar album ini mendapat perhatian ramai serta membuka ruang lebih luas dalam perjalanan seni mereka.
Dari ‘Underground’ Ke Arus Perdana
Tambah Mhai, sokongan pelbagai pihak mampu membuka laluan kerjaya seni mereka untuk ‘terbang’ lebih tinggi.
Malah, matlamat utama Stereoangel sememangnya untuk menembusi pasaran dalam dan luar negara.
“Terima kasih tidak terhingga keada Kementerian Komunikasi dan Mycreative Ventures kerana membantu bakat-bakat tempatan merelisasikan impian untuk mewarnai lagi industri muzik Malaysia.
“Semoga lagu-lagu kami diterima baik, mampu memasuki atau diberi peluang menyertai anugerah juara lagu dan akan ada lagu yang diambil sebagai runut bunyi untuk drama mahupun filem.
“Di samping itu, kami sedia dedikasikan diri untuk menjayakan tawaran persembahan dalam ataupun luar negara. Ini kerana kami memang sangat suka beraksi atas pentas dan hiburkan ramai,” katanya.
Pelancaran album tersebut juga menjadi bukti bahawa Stereoangel belum ‘berkubur’, meskipun hakikatnya kerjaya mereka di Sabah jarang didendang.
Mereka mengakui nama mereka tidak sekuat band atau artis lama yang lain.
“Jika ikutkan, kehadiran kami dalam industri muzik ada pasang surutnya dan memang pernah menyepi juga sebelum ini. Bagaimanapun cinta terhadap muzik tetap membara dalam diri.
“Kami sangat bersyukur album ini akhirnya jadi kenyataan dan ini masanya untuk menonjolkan semula nama kami. Kami berazam mahu memikat ramai lagi peminat khususnya Gen Alpha untuk dengar lagu kami.
“Album ini juga menjadi taruhan kami untuk cuba lakar nama dalam industri muzik arus perdana. Ini disebabkan kami bermula dari ‘underground’ dan sudah masanya kami maju ke depan,” kata Moli pula.
Ketika ini, Stereoangel giat mempromosikan single Ku Bukan Dewi Cinta yang muzik videonya (MV) sudah dilancarkan di YouTube rasmi AJ Productions Sdn Bhd.
Selain bersedia memasuki corong radio tempatan serta platform penstriman muzik, sebuah lagu daripada Abstraksasi iaitu Bukan Kehendakku turut dirancang untuk dimainkan di 50 stesen radio Indonesia secara serentak selepas ini.
Majlis pelancaran album Abstraksasi, video muzik serta showcase Stereoangel pula telah berlangsung di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kota Kinabalu, Sabah pada November lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) berlangsung dengan penuh warna dan persaingan sengit apabila Korie diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Malam tadi, adik kepada penyanyi legenda Ella itu membawakan lagu Belum Siap Kehilangan yang dipopularkan oleh Steven Pasaribu, namun persembahan tersebut gagal memikat hati juri.
Sementara itu, Nubhan kembali mengukuhkan kedudukannya apabila berjaya menduduki tempat pertama minggu ini dengan 74%.
Persembahan dinamik dan tersendiri menerusi lagu Aladin (Spider) nyata menjadi taruhan utama yang memikat hati juri.
Mengikuti rapat, Krisya meraih 73% manakala Mendua mengumpul 72.50%.
Mell Sakura, Rahmat Ekamatra dan Korie pula berada dalam kelompok tiga terbawah carta minggu ini.
Berikut ialah senarai penuh markah para peserta GV12 yang masih berada dalam saingan;
13 bintang GV12 terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan oleh Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana), manakala Singapura pula diwakili oleh Iskandar Ismail.
Menambah serit, SHY8 tampil sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar dalam GV-Verse.
Gegar Vaganza tahun ini masih mengekalkan barisan juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Acara pula dikendalikan oleh gandingan hos Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad sebagai pengacara utama.
GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (104), bermula sejak 2 November lalu untuk tempoh 12 minggu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
Menurut Rahmat, kehadirannya di pentas GV12 secara tidak langsung menghidupkan kembali nama serta lagu-lagu lama yang kini mula dikenali dan dihargai oleh golongan peminat muda.
Justeru, meskipun akur tersingkir pada konsert minggu ketujuh malam tadi, Rahmat tetap bersyukur dan gembira diberi peluang beraksi di program realiti itu.
“Saya masuk bertanding di GV12 ini pun di atas undangan pihak Astro. Saya rasa sangat bertuah kerana dijemput. Saya pun tak sangka kemunculan saya di program ini berjaya menarik perhatian ramai peminat untuk menyokong saya.
“Malah, lagu-lagu saya seperti Pusara Di Lebuhraya dan Siapalah Di Hatimu itu kembali viral dan dinyanyikan. Padahal lagu itu sudah berusia lebih 30 tahun.
“Saya rasa sangat terharu kerana sehingga saat ini ada orang yang masih layan lagu-lagu saya. Bila tersingkir, saya rasa ia bukan satu masalah.
“Pada saya, pertandingan ini tidaklah terlalu susah kerana saya anggap seperti konsert sahaja. Saya pun tak perlu nak terlalu fikir sangat. Idea itu perlu datang sendiri tanpa perlu memaksa,” katanya kepada MH.
Mengulas tuntutan GV12 yang memerlukan peserta tampil dengan kelainan setiap minggu, Rahmat menegaskan dirinya tidak pernah berasa tertekan dengan pandangan netizen mahupun juri.
Sebaliknya, selepas lebih tiga dekad bergelar penyanyi rock, dia selesa kekal dengan identiti yang sudah sebati dalam dirinya.
“Saya tak tertekan pun dengan kata-kata netizen atau juri yang mahu melihat sisi lain saya. Saya adalah saya. Bila saya menyanyi, saya memang seorang rockers.
“Saya akan menyanyi lagu-lagu daripada genre saya sahaja. Peminat-peminat juga nak melihat saya seperti ini. Saya sudah berada di tempat saya sendiri.
“Para peminat yang angkat saya dengan cara nyanyian seperti ini dan mereka hargai setiap perkara yang saya lakukan,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Rahmat mendedahkan penyertaannya di GV12 nyata membuka ruang dan peluang baharu dalam kerjayanya, termasuk menerima pelbagai jemputan persembahan serta tawaran untuk mengadakan konsert sendiri.
“Dengan adanya pentas GV12 ini, saya sudah menerima pelbagan jemputan persembahan. Malah, ada juga pihak yang menawarkan saya untuk mengadakan konsert.
“Namun, kita kena lihat dahulu dari segi segi perancangan jadual dan masa,” katanya lagi.
Rahmat turut berkongsi perancangannya selepas menamatkan perjalanan di GV12, termasuk kembali aktif di studio bersama kumpulan-kumpulan muzik muda yang berbakat.
“Selain fokus dengan konsert-konsert jelajah, saya juga akan memberikan tumpuan untuk menerbitkan produk dan menjadi produser kepada kumpulan-kumpulan muzik baharu yang terdiri daripada golongan muda.
“Saya akan bimbing mereka untuk kerja-kerja di studio. Budak-budak baharu ini mereka memang punyai bakat yang besar tapi agak susah nak tembus ke pasaran.
“Jadi, kita nak memeriahkan industri ini dengan kehadiran bakat-bakat baru ini,” akhirinya.
Rahmat yang membawakan lagu Hakikat Sebuah Cinta nyanyian asal kumpulan Iklim, berpuas hati dengan markah sebanyak 59.50 peratus sekali gus berada di kedudukan tercorot.
Tempat pertama pula dinobatkan kepada kumpulan Mendua dengan markah 74.00 peratus.
GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA, Shah Alam bermula 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (saluran 104), selain boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang juga penyanyi, Cheta Pot Pet menjelaskan dia dan selebriti versatil, Ifa Raziah tidak bermasam muka seperti yang didakwa segelintir pihak susulan tiada...