Chef selebriti terkenal dunia, Gordon Ramsay, mendedahkan beliau baru-baru ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kanser kulit jenis basal cell carcinoma (BCC) yang dikesan di bahagian bawah telinganya.

Gordon, 58, berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram yang memaparkan gambar dengan kesan jahitan dan balutan pada wajah.

Dalam perkongsian tersebut, beliau menegaskan ia bukanlah hasil pembedahan kosmetik seperti yang mungkin disangka sesetengah pihak.

“Ini bukanlah facelift. Kalau betul pun, saya kena minta refund,” katanya sambil mengingatkan orang ramai agar memberi perhatian serius terhadap kesihatan kulit.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gordon Ramsay (@gordongram)

BCC adalah jenis kanser kulit paling biasa berlaku akibat pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari atau sinaran ultraviolet (UV). Walaupun jarang merebak ke bahagian lain tubuh, ia tetap berisiko jika tidak dirawat segera.

Ads

Dalam perkongsian sama, Ramsay menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan penggunaan pelindung matahari bagi mengurangkan risiko penyakit itu. “Jangan lupa gunakan sunscreen,” pesannya.

Ads

Pengumuman Ramsay itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen untuk menzahirkan rasa lega serta memberikan sokongan moral.

Ramsay yang sinonim dengan rancangan televisyen popular seperti Hell’s Kitchen dan MasterChef USA dilihat berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan tersebut.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads