Uncategorized

Goodbye ‘November Culture’, Yuna ‘Gulung Tikar’

Share

Penyanyi popular yang berjaya melakar nama di persada seni antarabangsa, Yuna menerusi akaun Instagramnya telah mengumumkan penutupan butiknya, November Culture.

Buat mereka yang tidak tahu, November Culture merupakan perniagaan pakaian yang diusahakan oleh Yuna sebelum ini.

Menurut perkongsian pelantun lagu Dan Sebenarnya ini, dia berasa berat hati untuk menutup kedainya ini namun disebabkan beberapa faktor yang salah satunya adalah dari segi kewangan.

Nampaknya ramai peminat-peminat Yuna yabg bersedih dengan keputusan penyanyi kesayangan mereka ini untuk menutup kedai tersebut.

azizi87: So sad but thank for november culture that I buy yuna album and purchase the yuna tshirt all of this still i keep it @yunamusic 🙂

elle.lvoe: No more @novemberculture ??? Klau pegi ss15 nk buat apa… Tq for everything… ???

naufal_amirul_xxii: It is sad to hear about this.. :'(

Walau bagaimanapun, keputusan Yuna ini mungkin yang terbaik untuk perniagaannya. Kita doakan semoga segala urusan Yuna selepas ini dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram Yuna

IKLAN