Minggu ini menyaksikan banyak isu-isu panas yang menarik perhatian netizen terutamanya melibatkan individu bernama ‘Mira’.

Apa yang menarik perhatian MH apabila nama tersebut turut disebut-sebut semasa program Meletop, semalam melibatkan pengacaranya, Nabil dan Neelofa serta tetamu undangan iaitu Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Lara Alana dan Ayda Jebat.

Dalam satu segmen, tiba-tiba Nabil disoal mengenai isterinya, Zira dan nama ‘Mira’ turut disebut-sebut.

MH memuji sikap Neelofa yang segera cuba mengubah topik dan meminta agar mereka yang berada di atas pentas itu ‘behave’.

IKLAN

Video berdurasi hampir 2 minit itu sudah ditonton sebanyak 143 ribu sejak dimuat naik semalam serta ‘trending nombor 12’ di laman Youtube.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, MH lihat ramai yang memberikan kata-kata pujian terhadap Neelofa yang bijak mengawal keadaan ketika itu.

‘Good Job Lofa!’ -Netizen Puji Neelofa Sebab Peka Isu Sensitif‘Good Job Lofa!’ -Netizen Puji Neelofa Sebab Peka Isu Sensitif

IKLAN

Pada MH, perkara itu sudah pun dijawab oleh mereka yang terlibat maka tidak perlulah disebut-sebut lagi apatah lagi melibatkan individu.

Apa-apapun, bergurau boleh namun janganlah sampai membuat seseorang terasa ya. Salam ramadan!

Sumber: Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI