
Anugerah digital terbesar, Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA 2025) bakal kembali dengan skala yang lebih besar, berani dan sarat dengan elemen kebudayaan yang diberikan sentuhan moden, Ahad ini.
Bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, malam berprestij anjuran Astro ini tampil dengan tema ‘RE CULTURE’ yang mengangkat kelahiran semula cinta, minat dan penerapan budaya dalam hidup anak muda.

Malam kemuncak kali ini bukan sekadar meraikan para pemenang yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi platform digital sepanjang tahun lalu, tetapi juga menjadi medan pertembungan generasi.
Ikon Diva Warnai Pentas
Kalau bercakap soal aura pentas dan kualiti vokal bertaraf diva pula, nama penyanyi Dayang Nurfaizah sentiasa berada di liga tersendiri. Penyanyi bersuara emas ini dijangka membawa momen ‘chills’ yang menjadi trademark setiap kali dia berdiri di atas pentas besar.
Dayang bukan sekadar menyanyi, dia bercerita melalui emosi. Dengan reputasi persembahan live yang konsisten dan mantap, ramai tidak sabar untuk melihat bagaimana pelantun lagu Di Pintu Syurga ini menterjemahkan tema RE CULTURE dalamversinya sendiri.



Sama ada balada yang menusuk atau susunan muzik yang lebih dramatik, Dayang pasti menjanjikan momen yang akan menjadi highlight pada malam kemuncak nanti!
Kehadirannya bukan saja menguatkan line-up, tetapi memberi keseimbangan antara elemen tradisi, kontemporari dan kredibiliti vokal kelas A.
Barisan Artis Popular Memang ‘Menyala’
Di sisi legenda dan diva, berdiri pula figura generasi baharu yang semakin kukuh namanya, Aisha Retno.

Penyanyi dan komposer muda ini dikenali dengan gaya muzik unik, progresif dan berani bereksperimentasi.
Aisha membawa identiti yang lebih segar, ‘edgy’ dan dekat dengan audiens digital. Ramai menjangkakan persembahannya bakal tampil dengan susunan muzik moden, visual artistik dan elemen produksi yang di luar kotak.

Selain Dayang Nurfaizah dan Aisha, malam penuh makna itu turut menampilkan persembahan eksklusif daripada barisan artis-artis popular lain seperti Hael Husaini, Nadeera, Alpha dan Marsha Milan.
Gabungan nama besar dan suara generasi baharu ini menjanjikan malam yang bukan saja sarat emosi, tetapi juga penuh eksperimen muzik dan visual.
Dari balada menusuk jiwa hinggalah muzik moden dan edgy, semuanya dalam satu pentas.
Sebagai antara acara paling dinanti dalam kalendar hiburan digital, GMWA 2025 mempertandingkan 15 kategori trending, meraikan personaliti dalam talian dan kandungan digital yang mencorakkan budaya masa kini.
Antaranya termasuklah kategori Digital Creator Trending, Selebriti Trending, Drama Trending, Lagu Trending dan Video Muzik Trending.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan malam anugerah digital tergempak, GMWA2025 yang bakal dihoskan oleh gandingan pengacara popular, Amelia Henderson dan Sean Lee.
GMWA2025 bakal ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan turut boleh ditonton menerusi platform Astro One.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




