Giliran Feeya Iskandar Pula ‘Gaduh’ Dengan Makcik Bawang

Kasihan DJ Radio, Feeya Iskandar yang menjadi mangsa netizen apabila dia bertindak menyorokkan muka anak keduanya.

Kadang-kadang MH pun tak faham lah netizen ini, tunjuk muka salah, tak tunjuk muka salah, habis bila nak betulnya?

Dek kerana tak tahan diasak persoalan demi persoalan oleh netizen, Feeya mengambil keputusan untuk memuat naik satu gambar di laman Instagram miliknya, khas buat makcik-makcik bawang di luar sana.

“Ada yang kata kenapa tak tunjuk sangat anak nombor 2 ni. Eh mulut makcik bawang memang tiada insurans.

“Ko sabar jap, nak, Nuh Aryyan tapi bagi sipi-sipi dulu bior kan lagi sakit hati makcik bawang tu yang ketiak dia pun sama bau dengan mulut dia eh,” tulisnya.

IKLAN

Haa,tu dia.. marah dah Feeya. Kalau MH di tempat dia pun mestilah marah jugak, sebagai seorang ibu mestilah dia ada hak nak buat keputusan berkaitan dengan anak dia kan? Apelah netizen ni.

Feeya melahirkan bayi lelaki keduanya itu pada 31 Januari lalu dan sehingga kini tidak mendedahkan wajah anaknya yang diberi nama Nuh Aryyan.

Sementara itu, pelbagai reaksi diberikan netizen berikutan gambar yang dimuat naik Feeya tersebut.

Ada yang mengecam tindakan makcik bawang tersebut, ada juga yang membandingkan Feeya dengan Nora Danish yang muat naik gambar anak dengan segera dan ada yang memuji wajah comel anak Feeya walaupun hanya didedahkan separuh sahaja.

IKLAN

sumber: IG Feeya Iskandar