Menepati ramalan, Gie Hamid mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara wanita pertama program realiti, Kilauan Emas 2024 yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, malam tadi.
Dengan kemenangan yang diraih, Gie atau nama sebenarnya, Roziah Abdul Hamid, 47, dari Mersing, Johor membawa pulang wang tunai RM30,000, pakej umrah, pakej penginapan percutian dan trofi.
Menerusi malam kemuncak program itu, Gie menyampaikan lagu Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini berjudul Kau Pergi Tanpa Pesan.
Gie yang juga pejuang kanser turut berduet dengan Tuan Sidi melalui lagu Jangan Menangis Sayang pada pusingan kedua saingan.
Ads
Peniaga sambilan itu juga turut menerima Anugerah Emas Berkilau Of The Week.
Sementara itu, Naib Juara dimenangi oleh Sidi yang bertugas sebagai pegawai penjara manakala Ina di tempat ketiga.
Ads
Sue yang menyampaikan lagu Sumpah yang dipopularkan oleh Aina Abdul pula berada di tempat ke empat.
Wan dan Ron masing-masing berada di kedudukan kelima dan keenam.
Ads
Malam kemuncal Kilauan Emas 2024 telah diadili okeh barisan juri profesional iaitu Datuk Hattan, Erra Fazira dan Edry Abdul Halim sebagai juri jemputan.
Kilauan Emas 2024 akhir turut diserikan dengan persembahan Fauziah Latiff dan Ramlah Ram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor tidak akan meninggalkan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing meskipun kini kembali sibuk dengan kerja-kerja di belakang tabir sebagai penerbit atau pengurus produksi.
Menurut Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, dia kini lebih gemar melakukan pekerjaan e-hailing berbanding berlakon kerana ia mampu menjana pendapatan setiap hari.
“Selain kembali aktif di belakang tabir, saya masih bekerja sebagai pemandu e-hailing sejak 2017. Isteri saya seorang pramugari dan bila dia bekerja, saya akan jaga anak.
“Bila dia balik, saya akan sambung buat e-hailing. Kalau ada tawaran berlakon, saya akan fikir panjang. Kalau buat e-hailing, kita ada duit hari-hari.
“Saya lebih suka buat e-hailing daripada berlakon. Ia juga salah satu cara saya cari kenalan. Pada masa sama, saya juga seorang ejen insurans.
“Saya suka buat macam-macam kerja. Tiadalah duduk termenung sahaja. Saya juga fikir masa hadapan. Kalau sakit, tak perlulah dengar artis minta bantuan,” katanya kepada MH.
Bekas anggota kumpulan X-Factor itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Sebelum Titik Noktah, di Bungalow 37, Bangsar pada Khamis.
Katanya lagi, dia juga sanggu keluar awal pagi untuk mencari penumpang sebelum datang ke set penggambaran.
“Seronok dan berbaloi. Kalau kerja produksi, sekali dapat bayaran, terus habis tapi kena duduk di set. Kalau buat Grab, hari-hari ada duit nak bayar segala bil.
“Kalau ada tawaran berlakon, saya tetap aktifkan aplikasi e-hailing. Saya akan keluar pukul tiga atau empat pagi untuk cari penumpang. Pukul 10 pagi saya masuk ke set,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Danny juga bersyukur kerana isterinya itu menerima pekerjaannya dengan baik dan menghargai usahanya untuk mencari rezeki buat keluarga.
“Apa yang saya lihat sejak akhir-akhir ini, ramai artis punyai masalah kewangan. Seperti isteri saya, dia menerima saya seadanya.
“Kata isteri, pergilah keluar bekerja dan dapat RM50 pun cukuplah. Mana-mana isteri nak tengok suami bekerja saja.
“Tiadalah kita asyik nak meminta-minta sahaja. Duit rokok pun minta isteri. Lagipun pekerjaan ini tidak menyusahkan orang. Anak saya pun gembira,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Danny turut menasihatkan buat rakan-rakan artis untuk membuang perasaan malu dan mencuba pekerjaan e-hailing ini.
“Bila buat e-hailing, kita ada pendapatan hari-hari. Buat artis-artis yang tiada job, daripada duduk sahaja, lebih baik gunakan kereta anda dan mulakan pekerjaan ini.
“Tapi saya faham, ada yang malu nak buat tapi terpulanglah kepada anda,” akhirinya.
Sementara itu, Danny bakal muncul dalam drama bergenre fiksyen dan thriller iaitu Sebelum Titik Noktah yang ditayangkan bermula 11 November, setiap Isnin, jam 11 malam menerusi Saluran 120 di Unifi TV.
Drama terbabit turut dibintangi Aiman Hakim Ridza, Puteri Balqis, Noki, Shabby, Mathni Razak, Alif Muhaimin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan kini berada di Jakarta, Indonesia yang turut disertai ahli keluarganya yang lain.
Sinonim dikenali sebagai Little Miss Khan, Ameera sebelum ini ada melakukan sesi ‘IG Live’ setibanya dia di negara jiran selain ‘updates’ aktiviti menerusi Insta Stories.
Terbaharu, Ameera memuat naik semula (repost) hantaran kenalannya yang dikenali sebagai Siena Inocberia Handani.
Menerusi video pendek itu, momen Ameera dirakam sedang berada di sebuah restoran sambil ditemani pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol.
Ujar Ameera, dia sangat gembira kembali ke Jakarta kerana berpeluang bertemu kenalan di sana.
“Sangat gembira untuk kembali ke Jakarta dengan kehadiran kamu di sisi. Love you, Siena sayang,” tulisnya.
Sebelum ini, Ameera Khan dan Jefri didakwa pernah berkawan rapat, bagaimanapun ia renggang selain Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram, beberapa tahun lalu.
Namun pada Mac tahun lalu, hubungan mereka kembali menjadi perhatian apabila Ameera difahamkan menerima panggilan video daripad Jefri ketika berada di dalam kereta.
Ia sekali gus menguatkan lagi dakwaan hubungan mereka kembali rapat.
Ameera juga secara seloroh memaklumkan dirinya tertarik dengan lelaki Indonesia kerana menyifatkan mereka lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin meninggal pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta hari ini.
Berita kematian tokoh terkenal itu mula-mula disiarkan oleh portal Malaysiakini menerusi perkongsian peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh yang mengesahkan berita tersebut.
Manakala dalam laporan Berita Harian pula, peguam itu berkongsi bahawa Tun Daim mengalami serangan strok baru-baru ini dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Imbas kembali, beliau mula berkhidmat sebagai Menteri Kewangan pada bermula tahun 1984 sehingga 1991 dan dilantik semula buat kali kedua pada 1999 sehingga 2001.
Tun Daim Zainuddin dilahirkan pada 29 April 1938 dengan nama Che Abdul Daim bin Zainuddin. Allahyarham merupakan seorang yang mementingkan pendidikan dan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat doktor falsafah.
Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah daripada Universiti Malaya pada usia 81 tahun dan mengambil masa 11 tahun untuk menyiapkan kajiannya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...