Categories: Uncategorized

Geram Tengok Anak Mila Jirin

Share

Alololo comelnya bila tengok anak sulung kepada pemenang Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin beraksi di hadapan kamera.

Nampanya Mila juga tidak ketinggalan untuk mencuba khidmat new born photography.

Dengan menggunakan tema nautical, Mohd Arif Zikri kelihatan sangat tenang sepanjang sesi fotografi tersebut.

Bukan main lagi Arif yang dibaringkan di dalam sebuah sampan kecil, disarungkan pula dengan topi knit rona biru dan diselimuti dengan kain berwarna kelabu.

Apa yang mencuit hati, walaupun diubah posisi, bayi Mila hanya diam dan langsung tidak terjaga.

Mila juga akui yang dia terlalu geram melihat kecomelan anaknya bila diletakkan di dalam set sebegitu.

Video ini juga mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.



Malah, ramai juga memuji set up studio yang dipilih oleh Mila sangat comel dan sesuai buat bayi lelakinya itu.

Video ini telah mencecah 50,121 jumlah tontonan walaupunbaru dimuat naik kurang dari 24 jam.

Mila selamat melahirkan anak lelaki sulungnya di sebuahhospital swasta pada 13 Mei 2017 yang lalu dengan berat 2.78 kilogram menerusi pembedahan.

Tapi memanglah, anak Mila ni comel sangat dan sejuk je hatibila tengok wajahnya.

IKLAN