Semalam, rapper dan usahawan, Caprice ada memberikan pendapatnya berhubung isu seorang anggota polis yang didakwa bertindak menendang seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
Video tersebut turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah pelakon, Fathia Latiff.
Menurutnya, anggota berkuasa tersebut tidak sepatutnya melakukan hal yang sedemikian malah menganggap ada yang lebih baik boleh dilakukan.
“Salam. Agak-agak la nak tendang orang. Ambil je no plate motor kan senang.
“Lepastu panggil pergi balai polis. Main tendang anak orang what the heck,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fatiya menerusi ruangan komen posting yang dimuat naik oleh Caprice itu.
Melihat di bahagian komen, rata-rata netizen memberikan respon yang pelbagai terhadap kenyataan yang diberikan oleh pelakon berusia 32 tahun itu.
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, siasatan kini sedang dijalankan ke atas anggota itu membabitkan pelanggaran tatatertib.
Anggota polis trafik berkenaan kini diarahkan untuk bertugas di pejabat sementara siasatan dijalankan ke atas dirinya.
Sumber: Harian Metro & Instagram Caprice & Fatiya Latiff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang juga pelakon, Nabila Razali menepis dakwaan segelintir pihak yang melabelkan dirinya kini sudah besar kepala.
Menurut Nabila, dia sedaya upaya cuba untuk bangkit semula selepas teruk dikritik gara-gara nyanyiannya yang dikatakan sumbang sewaktu membuat persembahan secara live di dalam sebuah program televisyen beberapa bulan lalu.
“Kalau saya besar kepala, mungkin saya hanya buat conference call je hari ni tapi saya masih di sini dan bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.
“Saya bangkit semula selepas apa yang jadi pada saya haritu. Sejujurnya saya memang down sangat-sangat dan saya perlukan satu hari untuk bangkit dan berkerja semula.
“Bagi sesetengah orang, mungkin mereka memandang perkara ini remeh kerana mereka anggap saya dah biasa menyanyi seteruk itu.
“Tapi bagi saya ia merupakan isu besar sebab saya tidak rancang pun untuk menyanyi seperti itu dan ia merupakan kali pertama saya menyanyikan lagu tersebut secara lansung,’ katanya kepada MH.
Nabila berkata demikian sewaktu ditemui di majlis doa selamat dan pelancaran muzik video lagu Peluang Kedua di Symphony Mall, Petaling Jaya.
Meluahkan rasa syukur kerana masih ramai yang menyokongnya ketika ini, Nabila menyifatkan keputusan untuk berputus asa hanya akan mematahkan semangat para peminatnya.
“Kalau saya give up, saya dah lama sambung pelajaran saya semula. Tapi tidak kerana ramai lagi yang menyokong saya.
“Saya tahu Peluang Kedua ini sebuah lagu yang berat tapi masih ada yang menyokong saya dan kenapa saya nak patahkan semangat mereka. Lagu ni dah jadi siulan mereka.
“Bagi saya, tidak semua yang mereka kata mengenai saya itu betul. Ada telinga yang mendengar sedap ada pula yang sebaliknya. Saya tidak boleh kawal mereka yang kata saya menyanyi tak sedap.
“Bila kita cakap pasal lagu, ada berjuta lagu dalam dunia ni. Nak dengar yang sedap just go ahead. Nak dengarkan versi Nabila Razali tengoklah Youtube saya,” jelasnya.
Ketika di tanya adakah dirinya sudah bersedia untuk mempersembahkan lagu ini secara langsung terutamanya di pentas-pentas besar, ini jawapan yang diberikan oleh pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu;
“InsyaAllah, jika diberikan kesempatan kenapa pula tidak. Jadi, saya perlulah persiapkan diri saya.
“Ini merupakan cabaran sebagai anak seni. InsyaAllah saya akan perbaiki lagi selepas ini.
“Apapun yang terjadi janganlah cari yang silap je. Takkanlah 4 minit saya nyanyi semuanya sumbang. Mesti ada satu dua bahagian yang sedap,” akhirinya.
Terdahulu, Nabila telah pun melancarkan muzik video terbaru dan versi tambahan lagu Peluang Kedua yang menampilkan MK K-Clique sebagai hero.
Penyanyi Alina Hassan, 52, tidak dapat menahan sebak selepas bertemu dengan penyanyi, Siti Sarah yang bermurah hati cuba memulihkan masalah penglihatan mata kanannya yang tidak dapat digunakan kerana selaput mata atau katarak di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, pada Khamis.
Alina ketika ditemui menzahirkan rasa syukur atas rahmat dan rezeki yang diterimanya memandangkan dia sebelum ini turut berikhtiar mengumpul wang demi menyelesaikan mata mata yang dihadapi sejak sembilan tahun lalu.
“Saya tidak percaya dan tidak terkata-kata. Bila dapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, saya tanya betul ke? Sehinggakan saya turut tanya pada rakan, betulkah ini? Sarah memang suka tolong orang, tengoklah rezekinya.
“Ya Allah… Saya rasa bernasib baik dapat kenali Sarah meski hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu.
“Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkira sebab… Memang saya ada perancangan untuk ubati masalah katarak mata,” jelasnya.
Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini menambah, dia mengalami masalah tersebut pada kedua-dua belah bahagian mata dan sudah pun melakukan rawatan pembuangan katarak pada mata kirinya tiga tahun lalu.
“Kedua-dua belah mata saya alami katarak sekitar tahun 2011 lalu ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.
“Ketika itu baru perasan mata saya macam ada selaput. Makin lama makin teruk sehinggalah sertai program Kilauan Emas.
“Bila ada rezeki lebih, saya lakukan proses membuang katarak di sebelah mata kiri pada tahun 2017,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Sarah yang turut setia menemani Alina pada sesi awal rawatan turut mendoakan agar proses tersebut dipermudahkan.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Dalam sebak, isteri kepada Shuib Sepahtu itu turut menyatakan akan kepentingan menjaga pancaindera.
“Semoga urusannya dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.
“Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata.
“Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-quran bersama segala kebaikan yang lain.
“Saya doakan prosedur pembedahannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, insyaAllah,” harap Sarah.
Proses rawatan untuk membuang katarak pada mata penyanyi berkenaan akan dilakukan minggu hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...