Genap 30 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, satu rakaman video masakan telah dimuat naik di akaun Instagram milik arwah baru-baru ini.
Ia sebagai dedikasi kenangan buat peminat tersayang.
Video berdurasi lebih tiga minit itu merakamkan cara-cara arwah menyediakan hidangan Ikan Kerapu Masak Cili dengan caranya tersendiri.
“Genap 30 hari pemergiaan arwah. Antara kenangan-kenangan yang masih tersimpan kami kongsikan dengan semua yang merindui beliau. Alfatihah (dibaca),” tertera sebagai kapsyen.
Perkongsian yang mendapat lebih 900,000 tontonan itu turut menerima ribuan komen dari wargamaya.
Ads
Semoga Allahyarham beroleh ganjaran pahala kerana berkongsi ilmu masakan kepada ramai yang mahu mencuba resipi yang disediakan, InsyaAllah.
Ads
Allahyarham Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bila sebut sahaja mengenai kisah dongeng ‘Si Tanggang’, perkara pertama yang terlintas di fikiran sudah tentu mengenai kisah penderhakaan seorang anak kepada ibunya.
Namun, bagaimana jika hal yang sebaliknya pula berlaku? Apakah definasi yang sesuai bagi menjelaskan mengenai situasi tersebut? Itulah yang ingin digambarkan menerusi drama siri terbaru terbitan Astro Original yang berjudul I-Tanggang.
Drama I-Tanggang ini mempertaruhkan naratif baru di mana ia memaparkan kisah seorang ibu yang mempergunakan anaknya yang dikatakan sakit demi meraih simpati, sumber pendapatan dan dendam.
Menurut salah seorang pengarahnya, Wan Hasliza Wan Zainuddin, idea asal drama ini diinspirasikan daripada kisah pembunuhan seorang wanita yang menghidap penyakit mental Munchausen Syndrome by Proxy di Amerika Syarikat.
“Idea untuk menghasil drama siri ini tercetus ketika saya menonton salah satu talk show yang menampil seorang anak bernama Gypsy Rose Blancard yang merupakan mangsa kepada pesakit Munchausen Syndrome by Proxy.
“Gypsy Rose ini popular di Amerika Syarikat kerana kisahnya yang membunuh ibunya sendiri. Oleh itu, kami memutuskan untuk membuat research dengan lebih lanjut berhubung kisah ini.
“Munchausen Syndrome by Proxy ini merupakan sindrom dimana pesakitnya suka mendera orang lain bagi meraih perhatian ataupun wang ringgit.
“Kami juga sebenarnya agak terkejut dan tidak menyangka pihak Astro akan bersetuju untuk menerima idea kami,” katanya kepada MH.
Wan Hasliza berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media drama, I-Tanggang yang berlangsung secara virtual pada Selasa.
Katanya lagi, konsep derhaka itu sendiri amat meluas dan bukan hanya tertumpu kepada perilaku seseorang anak itu sahaja.
“Seperti kita tahu, Tanggang ini merupakan sebuah kisah dongeng yang menceritakan mengenai isu derhaka seorang anak. Jadi, kami memutuskan untuk mencabar kisah tersebut.
“Bukan itu sahaja, drama ini turut memberi fokus kepada konsep ‘derhaka’ itu sendiri. Derhaka itu bukan datang dari satu sudut sahaja kerana banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada penderhakaan seseorang.
“Kisah Tanggang ini juga akan dikembangkan dan diberikan perspektif yang baru,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya adakah babak-babak penderaan di dalam drama ini sudah ditapis, ini jawapan yang diberikan oleh
Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad;
“Segala babak yang telah dirakam dan disunting, tiada satu pun yang akan ditapis. Semuanya akan ditayangkan.
“Babak-babak tersebut tidak akan dikeluarkan bagi memastikan penceritaan itu sampai kepada penonton. Apa yang kami ingin tekankan di sini adalah pada kekuatan mesej itu sendiri.
“Kami amat memerlukan keseluruhan babak untuk drama siri ini. Oleh itu, tiada tapisan yang akan dibuat,” ujarnya.
Drama yang mengetengahkan isu realiti kekeluargaan ini bakal menampil barisan-barisan pelakon hebat antaranya, Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar dan ramai lagi.
Drama premium 12 episod ini bakal menemui penonton mulai 13 September 2021, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra, saluran 108.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelakon, Nazrief Nazri iaitu Aziatul Aqma berkongsi khabar mendukacitakan selepas memaklumkan anaknya yang kini baru berusia dua bulan telah pun disahkan positif wabak Covid-19.
Khabar mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh Aqma menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
Menurut Aqma, pada awalnya, dia dan suami hadir ke hospital untuk menjalankan proses berkhatan untuk anaknya namun, prosedur tersebut terpaksa ditangguhkan akibat jangkitan wabak berkenaan.
“Suppose to do circumcision today for Noah buat sadly my Noah disahkan positif Covid-19. Qema dan husband negative.
“Noah kuat sangat. Buat PCR semalam tak menangis langsung sampai doktor pun pelik and noah takde simptom just berkahak sikit je.
“And still my Noah tak meragam or menangis. Mommy je yang menangis bila dapat tahu,” tulisnya.
Bagaimanapun, Aqma yang juga merupakan usahawan memaklumkan dia dan suami negatif wabak tersebut.
Dalam pada itu, Aqma turut menegur beberapa individu yang didakwa tidak menitik beratkan mengenai soal prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.
“Doakan Noah cepat sihat ye Aunty. Lepas tu nak pesan, nurse kalau jalankan tugas, please follow SOP. Saya faham nurse geram dengan Noah tapi situation sekarang bukan masa untuk geram dan gomol baby sesuka hati.
“Tak cukup dalam bilik, dekat counter nak bayar bills pun nurse datang pegang-pegang Noah. Nasib mommy cepat-cepat buat muka ‘bitchy’ time tu. Rasa nak ikat nurse dekat pokok ada kerengga je sekarang ni,” luahnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Aqma memohon jasa baik semua untuk sama-sama mendoakan agar anaknya itu lekas sembuh.
Terdahulu, Aqma telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada tanggal 21 Julai lalu.
Dia dan Nazrief mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 15 November 2019.
Sumber: Instagram Aziatul Aqma & Nazrief Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sesi siaran langsung di Instagram (IG Live) oleh pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida pada malam tadi mengundang perhatian wargamaya apabila dia berkongsi tarikh perkahwinannya bersama bekas pembantu perihadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Meski tidak mengumumkan tarikh secara spesifik, namun usahawan yang pernah muncul menerusi single I Am Me itu mencetuskan tanda tanya ramai mengenai kesahihan tarikh perkahwinan tersebut.
Malah Iqbal sendiri ada memberikan respon ketika sesi siaran langsung itu dengan meninggalkan komen ringkas iaitu ‘bulan 12’.
Bagaimanapun, tiada ulasan panjang diberikan Vida mengenai hal berkaitan, cuma dia sempat merakamkan ucapan terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua.
“Banyak yang hubungi ucap tahniah in advance, terima kasih sangat dan Tuhan mendengarlah kita punya doa iaitu kita nak kaya dunia dan akhirat.
“Alhamdulillah… saya dapati di dunia ini doa itu penting. Ikhlas daripada hati semua yang kongsi ‘saya ada kembar dan saya nak Datuk dapat anak kembar’ walau saya rasa agak mustahil.
“Akan tetapi kalau Allah kata ‘kun’ insyaAllah akan menjadi,” katanya.
Sementara itu rakan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri turut bersama-sama Vida pada sesi sama dan sempat memberikan nasihat serta pandangannya mengenai bekas pekerja ibu kepada empat cahaya mata itu.
Ogos lalu, keakrabannya dengan Iqbal kembali diperkatakan dan sehingga timbul desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin.
Lalu, Iqbal yang kini turut aktif berbisnes ada memberikan penjelasan terperinci mengenai hubungannya dengan Vida.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 100,000 kali di Instagram.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...